Categories: BeritaTempatanTerkini

“Akan Tiba” – Cubaan Pertama Zehraa Dalam Industri Nasyid

Kumpulan nasyid baharu, Zehraa, kini secara rasmi melangkah ke industri muzik dengan pelancaran single pertama mereka, “Akan Tiba” pada 21 Februari 2025.

Dianggotai oleh Aini, Aireesa, Afaf dan Aisyah, Zehraa merupakan kumpulan nasyid wanita yang dibentuk menerusi ujibakat atas talian yang dikendalikan oleh A&R MVM Islamic, Hisyam Elharith.

Bernaung di bawah MVM Production Sdn Bhd, kumpulan ini diwujudkan untuk menyemarakkan semula industri nasyid wanita yang sudah lama menyepi.

“Akan Tiba” membawa mesej peringatan tentang kepentingan melakukan kebaikan dan kesedaran mengenai tanda-tanda akhir zaman yang semakin nyata.

Dengan lirik mendalam dan susunan muzik yang segar, Zehraa berharap lagu ini dapat menyentuh hati pendengar, terutamanya golongan muda.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Arnab Santai dan Hisyam Elharith, dengan lirik oleh Arnab Santai dan susunan muzik oleh Afiez Azam.

Proses adunan dilakukan oleh Vincent Chan, sementara mastering oleh Afiez Azam. Lagu ini diterbitkan sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd.

Seiring dengan pelancaran lagu, Zehraa turut memperkenalkan video muzik rasmi “Akan Tiba” yang diarahkan oleh Hazim Rosli.

MV ini menampilkan pelakon Sofha Hafizin, Haqimie dan Zikry, dengan Zehraa mengenakan busana daripada WAANSYA sebagai penaja pakaian rasmi mereka.

Selepas pelancaran, “Akan Tiba” menerima maklum balas positif daripada peminat muzik nasyid, membuktikan bahawa genre ini masih relevan dan mampu menarik perhatian generasi baharu.

Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform digital dan tontonan MV boleh didapati di saluran rasmi MVM Production.

Dengan pelancaran sulung ini, Zehraa berharap dapat terus berkembang dalam industri dan membawa pembaharuan dalam dunia nasyid Malaysia.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago