Categories: BeritaTempatan

“Sumpah keren banget!” – Peminat Indonesia Sifatkan Lagu “Dengan IzinMu” Hadiah Terindah Menjelang Ramadan

Penyanyi dan komposer versatil Halim Ahmad kembali menghangatkan industri muzik nasyid dengan single terbarunya berjudul Dengan IzinMu.

Lagu ini membawa mesej ketuhanan yang mendalam, mengingatkan kita bahawa segala yang dimiliki di dunia ini hanyalah pinjaman dan akan kembali kepada-Nya.

Ditulis dan digubah sendiri oleh Halim Ahmad, Dengan IzinMu menampilkan susunan muzik oleh Denny, dengan sentuhan profesional dari Felix Voon dalam proses mixing dan mastering.

Keindahan liriknya mencerminkan perasaan seorang hamba yang menyedari dosa dan kealpaan, lalu memohon keampunan serta ketetapan hati untuk sentiasa dekat dengan Tuhan.

Pelancaran Eksklusif di YouTube Members

Single Dengan IzinMu secara rasmi dilancarkan pada 24 Februari 2025 di semua platform digital.

Namun, Halim Ahmad mengambil inisiatif unik dengan memanfaatkan fitur (feature) terbaru di YouTube yang membolehkan ahli (members) menonton video muzik ini lebih awal iaitu pada 23 Februari 2025.

Langkah ini memberi keistimewaan kepada peminat setia yang telah menyokong perjalanan muziknya selama ini.

Lagu dengan Sentuhan Emosi Mendalam

Lagu ini mengalunkan melodi yang tenang dan penuh penghayatan, seiring dengan mesej yang ingin disampaikan.

Liriknya yang mendalam mengajak pendengar untuk merenung hakikat kehidupan yang sementara dan kepentingan mensyukuri nikmat yang diberikan.

Di ruangan komen video muzik Dengan IzinMu, salah seorang pendengar dari Indonesia menyifatkan lagu Dengan IzinMu sebagai hadiah terindah untuk mereka menjelang Ramadan.

Video muzik Dengan IzinMu dihasilkan oleh 3 Bhaiya Motions dan menjalani penggambaran di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Keunikan visual serta sinematografi yang memukau menambahkan lagi nilai estetika kepada karya ini.

Halim Ahmad turut mendapat tajaan pakaian daripada UA Butik, Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam, yang melengkapkan penampilannya dalam video muzik tersebut.

Mesej Keinsafan dan Ketuhanan

Sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan karya-karya berunsur kerohanian, Halim Ahmad terus kekal dengan identitinya dalam menyampaikan mesej positif kepada pendengar.

Dengan IzinMu diharap dapat menyentuh hati mereka yang mendengarnya dan menjadi peringatan untuk lebih menghargai setiap nikmat serta ujian dalam kehidupan.

Single Dengan IzinMu kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, dan video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Neurotic Studio.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago