Categories: BeritaTempatan

Akaun Instagram Rabbani Kena ‘Hacked’!

Akaun Instagram rasmi kumpulan nasyid terkenal, Rabbani, telah digodam oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab. Kejadian ini mengejutkan ramai peminat yang mengikuti perkembangan Rabbani di akaun instagram tersebut yang mencatatkan jumlah pengikut seramai lebih 24,000 pengikut.

Hasil tinjauan kami ke akaun Instagram Rabbani mendapati akaun tersebut sedang dipenuhi video-video scam judi dan emas yang sangat meragukan. Mereka yang melayari akaun instagram tersebut dinasihatkan untuk tidak menekan apa-apa link yang terdapat dalam akaun tersebut buat masa ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, Rabbani memaklumkan yang mereka sedang dalam usaha untuk mendapatkan kembali akses terhadap akaun Instagram tersebut yang telah diceroboh oleh individu yang tidak dikenali itu.

“Keselamatan akaun media sosial adalah salah satu perkara yang amat kami jaga. Kami berasa terkejut dengan insiden ini dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan semula akaun Instagram kami. Kami ingin memohon maaf kepada semua peminat yang terkesan,” wakil kumpulan Rabbani.

Sebagai kumpulan yang telah lama aktif dalam industri muzik nasyid, Rabbani mempunyai ramai peminat yang setia. Akaun Instagram mereka sering menjadi platform untuk berkongsi perkembangan muzik, aktiviti, dan inspirasi kepada pengikut mereka. Dengan kehilangan akaun tersebut, kumpulan ini berharap peminat dapat terus menyokong mereka di media sosial melalui platform lain sementara usaha pemulihan sedang berjalan.

Rabbani juga mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dengan keselamatan akaun media sosial mereka dan terus berwaspada terhadap sebarang aktiviti mencurigakan. Sehingga kini, mereka masih menunggu maklum balas daripada pihak Instagram untuk mendapatkan akses kembali ke akaun tersebut.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago