Categories: BeritaTempatan

Darwish Kesal Video Muzik Abu Ubaidah Diturunkan

Kumpulan nasyid popular, Darwish, telah mengeluarkan video lirik muzik terbaru bagi lagu mereka yang berjudul “Abu Ubaidah” di platform YouTube. Video lirik ini dikeluarkan setelah video muzik asal mereka telah diturunkan dari platform Youtube atas sebab-sebab tertentu.

Video muzik asal lagu ini hampir mencapai 200,000 tontonan sebelum ia diturunkan oleh pihak YouTube, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menurut sumber daripada Darwish, FMC Music telah melakukan rayuan agar video muzik asal tersebut dimuatnaik semula, namun rayuan tersebut ditolak oleh pihak platform tersebut.

Walaupun begitu, Darwish dan FMC Music tetap komited untuk memastikan peminat dapat menikmati karya mereka. Sebagai alternatif, mereka kini berkongsi video lirik muzik yang baru sahaja dimuat naik di YouTube.

“Walaupun kami kecewa dengan keputusan tersebut, kami tetap bersyukur kerana dapat terus berhubung dengan peminat melalui video lirik muzik ini. Kami berharap para peminat akan terus memberi sokongan terhadap lagu Abu Ubaidah,” kata vokalis Darwish, Faiz.

Lagu “Abu Ubaidah” yang bertemakan keberanian dan semangat perjuangan itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan. Walaupun tanpa video muzik asal, lagu ini tetap mendapat perhatian ramai, dan kini para peminat dapat mendengar lagu tersebut melalui video lirik yang baru.

Bagi yang ingin menonton video lirik muzik “Abu Ubaidah”, ia boleh didapati di saluran rasmi YouTube FMC Music.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago