Categories: BeritaTempatan

Al Farabiband Anjur Kursus Jurutera Audio

Nama Shanazron cukup terkenal dalam industri muzik. Sebagai seorang jurutera bunyi dan penerbit yang berkaliber, beliau telah bekerja dengan ramai artis terkenal tanah air termasuk Search, Ella, M Nasir, Lefthanded dan ramai lagi.

Dengan kerjasama AFB Records milik Al Farabiband, satu kursus yang dipanggil ‘Audio Engineering Crash Course’ bakal dianjurkan. Kursus yang akan diadak,an di AFB Records Studio, Kota Kemuning, Shah Alam bakal dikendalikan oleh Shanazron sendiri.

Kursus yang berlangsung selama 4 hari itu (26 hingga 29 Disember 2012) dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang bakal member pendedahan tentang selok belok rakaman dan juga teknik ‘live sound’

Yuran yang bakal dikenakan ialah RM1200 termasuk makan dan hanya terhad pada lima orang peserta sahaja. Menurut mereka, sesi kursus ini akan berterusan dan sesi seterusnya akan diumumkan kelak.

Kepada yang berminat, boleh hubungi Roll ditalian 012-2704555 atau Ashraf ditalian 010-8785833

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago