Categories: BeritaTempatanTerkini

Selepas Nasyid, IM Hizbur Muncul Album Qari

Bacaan Surah-Surah Pilihan Ha Mim – IM Hizbur

Selepas kemunculan sulung dalam album nasyid & zikir, Cahaya Atas Cahaya bersama Imam Muda Taufek terbitan Wahyu Suci Production, kini Imam Muda Hizbur muncul dengan album terbaru berjudul Bacaan Surah-Surah Pilihan Ha Mim.

Nama Imam Muda Hizbur bukan lagi asing dalam persada dakwah tempatan sejak dinobatkan sebagai naib juara program realiti TV islamik popular, Imam Muda musim ke – 2. Dalam pada kesibukan memenuhi undangan pelbagai ceramah, motivasi dan rakaman program TV tempatan, Imam Muda Hizbur atau nama sebenarnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi masih mempunyai  kesempatan melebarkan sayap dakwahnya dengan menghasilkan album Surah – Surah Pilihan Ha Mim hasil kolaborasi bersama dengan UNIC Records.

Album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini menampilkan pengarah urusan syarikat IM Hizbur Management & Consultant, iaitu Imam Muda Hizbur sendiri sebagai taruhan vokal utama dalam menyampaikan bacaan rangkaian surah – surah Ha Mim yang terdiri daripada lima surah pembuka beserta bacaan al – Fatihah.

Permintaan yang memberangsangkan daripada orang ramai terhadap kandungan produk islamik dewasa ini, telah  mendorong pihak UNIC Records untuk menjalin kerjasama dengan Imam Muda Hizbur bagi menerbitkan album seumpama ini.

Album himpunan surah – surah Ha Mim ini merupakan album pertama usahasama Imam Muda Hizbur bersama UNIC Records dalam menggalakkan kelahiran generasi celik al – Quran dalam kalangan masyarakat tempatan.

Antara koleksi surah – surah pilihan Ha Mim yang terdapat di dalam album ini adalah surah:

  1. Al–Zukhruf
  2. Al–Fussilat
  3. Asy–Syura
  4. Ad–Dukhan
  5. Al-Jathiyah

Selain itu, penerbitan album ini dilihat sebagai satu medan dakwah baru kepada Imam Muda Hizbur yang diangkat sebagai ikon muda tempatan dalam memberi pendedahan awal kepada orang ramai mengenai surah – surah di dalam al – Quran yang bermula dengan huruf Ha dan Mim. Di samping itu, album ini juga sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat selain mudah untuk di bawa kemana – mana.

Jom dengarkan pradengar album Bacaan Surah-Surah Pilihan Ha Mim Imam Muda Hizbur:

showsearch=0

Nantikan kemunculan album bacaan Surah – Surah Pilihan Ha Mim terbitan UNIC Records oleh Imam Muda Hizbur di pasaran nanti. Untuk sebarang pertanyaan atau info berkaitan pembikinan album dan aktiviti Imam Muda Hizbur, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY Pro Sdn. Bhd di talian +603-6186 4300 / +603-6177 4225 atau emelkan kepada info@unic.my.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago