Categories: Terkini

Al FarabiBand muncul di Monster Of Metal

Band Progresif Rock Islam, Al FarabiBand dijangka akan menyertai sebuah konsert rock terbesar tanah air, Monster Of Metal pada Sabtu ini, 1 Oktober 2011. Konsert yang merupakan supporting act bagi sebuah lagi Konsert yang bakal diadakan pada sebelah malamnya dimana ia menampilkan kumpulan rock lagenda, Sweet Charity dan Blues Gang.

Kali ini, Al FarabiBand diberi penghormatan untuk berkongsi pentas bersama-sama dengan beberapa band metal dan underground tanah air termasuk Sofea, Sil Khannaz, Brain Dead, Humiliation dan Nuclear Strikes. Sudah tentu konsert ini bakal menjadi pengalaman yang berharga buat kumpulan yang berasal dari Shah Alam ini.

Ketika ini, mereka sedang giat menjalani latihan terakhir sebelum konsert berlangsung. Menariknya, gitaris kumpulan Unicorn, Kamarul Bahrin atau lebih dikenali sebagai Roll Unicorn turut berganding untuk memantapkan lagi kumpulan tersebut. Sesi latihan sedang berlangsung di studio milik Al Farabiband di Kota Kemuning, Shah Alam.

Konsert yang bakal berlangsung pada 1 Oktober 2011 ini bakal bermula jam 3.00 petang. Ia dianjurkan oleh Netzah Production dan tiket boleh didapati di Redtix, Rock Corner dan Victoria Music. MUNSYEED {DOT}COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago