Categories: BeritaKelab Peminat

Maher Zain Begitu Akrab Dengan MZM-FC

Nama Maher Zain tidak perlu diperkenalkan lagi. Hampir setiap pelusuk dunia meratib lagu-lagu nyanyian penyanyi yang berasal dari Sweeden ini. Dibawah label Awakening Records, Maher Zain telah menghasilkan album pertama beliau berjudul Thank You Allah yang telah berjaya merangkul beberapa pengiktirafan di serata dunia. Terbaru, Maher Zain tercalon dalam anugerah muzik paling berprestij di Malaysia, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18).

Pastinya, disebalik kejayaan seseorang artis itu, terdapat para peminat yang menjadi tulang belakang kepada kesinambungan kejayaan demi kejayaan seseorang artis. Begitu juga Maher Zain. Beliau mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada para peminat beliau. Di Malaysia sahaja, Maher Zain mempunyai kira-kira 200,000 peminat di laman Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC). Malah, dianggarkan, jumlah sebenar peminat Maher Zain di Malaysia melangkaui jumlah itu berdasarkan faktor pemilikan akaun Facebook dan banyak lagi.

Terbaru, Maher Zain Malaysian Fan Club yang diterajui oleh 3 anak muda yang berkarisma, Mohammad Fairuz atau lebih mesra disapa Akhi Fairuz, Nur Shahidat dan Firuz Akhtar selaku Admin untuk Facebook MZM-FC telah menganjurkan Majlis Aidilfitri MZM-FC. Majlis yang berlangsung di Restoran Al-Khadimah, Gombak ini dihadiri oleh lebih daripada 30 orang ahli MZM-FC. Turut hadir, kumpulan nasyid Inteam, Pengurus Hadramawt Catering & Restaurant, Ummi Rose yang merupakan Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah dan ramai lagi. Berdasarkan maklumat, selebriti terkenal, Wardina Safiyyah juga ingin turut hadir ke majlis tersebut namun atas sebab-sebab tertentu, beliau terpaksa membatalkan hasrat beliau untuk hadir.

Majlis Aidilfitri ini berlangsung dengan penuh meriah. Kumpulan nasyid popular, Inteam turut membuat persembahan istimewa yang disampaikan secara acapella.

Pelbagai jenis juadah yang disediakan antaranya Nasi Arab, Sate, nasi impit, kuih muih, bihun dan banyak lagi. Menariknya, juadah majlis aidilfitri ini juga disediakan mengikut selera artis kesayangan ramai, Maher Zain.

Pihak Admin MZM-FC juga membuat kejutan kepada hadirin semua dengan mengadakan sesi teleconference bersama Maher Zain secara live dari Sweeden melalui aplikasi Skype. Dalam sesi tersebut, Maher Zain kelihatan begitu gembira apabila dapat bersua dengan para peminatnya di MZM-FC. Maher Zain melayani setiap soalan-soalan yang diajukan oleh ahli MZM-FC. Ahli MZM-FC kelihatan begitu teruja untuk mengetahui perkembangan proses penerbitan album kedua Maher Zain yang bakal siap tidak lama lagi.

Pada sesi tersebut juga, Maher Zain menerima hadiah istimewa daripada ahli-ahli MZM-FC apabila mereka menyanyikan 2 buah lagu istimewa kepada Maher Zain. Maher Zain dilihat begitu seronok dan beliau turut merakamkan video nyanyian live ahli-ahli MZM-FC kepada beliau.

Berikut adalah senarai video klip yang dirakam sepanjang Sesi Teleconference Antara MZM-FC dan Maher Zain:

  1. Maher Zain Rindukan Malaysia.
  2. Maher Zain Gembira Mendengar Nyanyian Live MZ-FC.
  3. Maher Zain Rakam Lagu Nyanyian MZM-FC.

Video diatas adalah hakmilik dan ihsan: Amirul Naqib Bin Amirnuddin.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Aidilfitri Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC):  (Klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

Inteam membuat persembahan istimewa sempena Majlis Aidilfitri MZM-FC

.

Ahli MZM-FC bergambar kenangan dengan banner program tersebut.

.

MZM-FC

.

Majlis Aidilfitri MZM-FC

 

Gambar ihsan: Maher Zain Malaysian Fan Club.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago