Connect with us

Berita

Al-Manna Ketengah Elemen Progressive Rock Dalam JALAN

Diterbitkan

pada

21 Oktober 2015 merupakan tarikh bersejarah bagi Al-Manna apabila berjaya melancarkan single hit Ajarkan Aku Setia ft. Ustaz Elyas Ismail sehingga berjaya menerobos ke corong-corong radio tempatan dan Indonesia. Kini Al-Manna yang dianggotai empat orang vokalis; Fahimi, Shahnizman, Mior dan Firdaus tampil dengan single hit terbaru terbaru bertajuk Jalan.

Single hit Jalan merupakan kesinambungan bagi single hit sebelum ini, dengan membawakan genre ‘pop’ yang diberi sedikit sentuhan ‘progressive rock’ disulami bait-bait indah berunsur ketuhanan. Sejajar dengan perkembangan lagu-lagu religi di Malaysia, Al-Manna melangkah setapak lagi untuk tampil lebih serius membawakan lagu-lagu religi moden.

Hasil kerjasama dengan seorang gitaris tanah air, saudara Napie Hassan sebagai pencipta lagu dan penulis lirik, Al-Manna turut bekerjasama dengan Tukang Musik dan Taja Meet Uncle Hussain sebagai producer dan arranger bagi memastikan ‘mood’ yang ingin disampaikan dalam lagu ini menjadi dan memberi impak yang positif kepada pendengar.

Bercerita tentang kisah disebalik lagu ini; secara kasarnya Jalan itu sendiri memberi referensi kepada ilmu tasauf yang sentiasa mengajar manusia untuk mendidik hati agar cinta kepada Sang Pencipta. Manusia melalui hari demi hari dan hari yang dilalui itu pasti penuh dengan ujian, mehnah, tribulasi, dan pastinya mempengaruhi emosi individu yang menghadapinya. Melalui rasa cinta kepada Allah sahajalah dapat kita harungi semua ini kerana Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan, sesuai dengan firman Allah SWT:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta benar (Al-Baqarah : 186)

Video muzik Jalan telah mendapat sentuhan AR Pictures yang merupakan finalis Festival Filem Malaysia 2015, juga produksi bagi video muzik Ajarkan Aku Setia dan Simfoni Aidilfitri sebelum ini.

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=3dK5Q1aM8I8″]

Single hit Jalan akan menemui semua peminat pada 12 tengah malam 20 Januari ini di semua rangkaian digital – Apple Music, iTunes, Spotify, Deezer, Joox berlabelkan Inteam Records sebagai pengedar sah. Video muzik rasmi Jalan juga akan dilancarkan pada tarikh dan waktu yang sama di channel Youtube Inteam Records dan Al-Manna.

Semoga dengan kelahiran single hit Jalan, akan membuka jalan-jalan yang banyak di dalam hati manusia agar meletakkan kecintaan kepada Allah sebagai tunjang kehidupan, dan sebagai wadah terjadinya asbab kecintaan manusia kepada makhluk itu dikira sebagai suatu ibadah. Insya Allah.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Baru raya ke-3, sudah berjauhan dengan keluarga…” – Inteam Penuhi Jemputan Persembahan di New Zealand

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid tersohor, Inteam, bakal mengembangkan lagi pengaruh mereka di persada antarabangsa menerusi Kembara New Zealand 2025.

Menerusi wawancara bersama Hazamin Inteam baru-baru ini, beliau mendedahkan bahawa kumpulan nasyid itu akan berada di New Zealand selama lapan hari, bermula 3 hingga 11 April 2025, untuk beberapa program istimewa.

Antara agenda utama mereka di sana adalah dua persembahan khas yang akan membawa mesej kedamaian dan ukhuwah Islamiah:

  • Persembahan pertama bersama NGO Asturlab, sebuah komuniti Muslim di New Zealand.
  • Persembahan kedua bersama komuniti Melayu anjuran An-Nida Trust di Christchurch, berdekatan Masjid Al Noor – lokasi tragedi berdarah yang meragut nyawa 51 syuhada dalam insiden tembakan pada 2019.


Selain itu, perjalanan kembara ini turut menjadi medan bagi Inteam untuk merakamkan Travelog Kembara Selawat Inteam x Khair di New Zealand serta rakaman video Akustik Inteam 2025.

Menurut Hazamin, kedua-dua kandungan eksklusif ini akan dimuatkan dalam aplikasi Khair, menjadikannya platform eksklusif bagi peminat menonton kandungan istimewa ini.

Sebelum ini, Inteam pernah berkolaborasi dengan Apps Khair dan menghasilkan Travelog Kembara Selawat Inteam x Khair di Perth, dan kali ini, jelajah mereka ke New Zealand dijangka lebih istimewa dengan penceritaan yang lebih mendalam mengenai perjalanan dakwah dan seni mereka.

Menariknya, trip ini ditaja sepenuhnya oleh Apps Khair dan Qudwah Group, dua entiti yang turut menyokong misi dakwah dan hiburan berlandaskan Islam.

Dengan kembara ini, nama Inteam dijangka terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai ikon nasyid yang bukan sahaja relevan di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Semoga perjalanan ini membawa manfaat dan inspirasi kepada semua!

Continue Reading

Berita

“Idea pada tahun 2023, rakam pada tahun 2024, video muzik pula 2025…” – Manisnya Syawal Berjaya Raih Perhatian Peminat

Diterbitkan

pada

Manisnya Syawal

Sempena sambutan Aidilfitri, industri muzik tanah air dimeriahkan dengan pelancaran single raya terbaru berjudul Manisnya Syawal.

Lagu yang sarat dengan kemeriahan dan kegembiraan Syawal ini dinyanyikan oleh Ustaz Manis, atau nama sebenarnya Ustaz Mohd Fadhly Hasbulah, bersama beberapa artis nasyid ternama – Azhary Ahmad, Razin, dan Khalil dari kumpulan Mestica.

Menariknya, Manisnya Syawal pada asalnya dirancang sebagai lagu solo Ustaz Manis. Namun, setelah perbincangan bersama penerbit bersama, Amin Nordin, tercetuslah idea untuk memperkayakan karya ini dengan gabungan suara harmoni daripada artis nasyid lain.

Keputusan ini bukan sahaja memberikan hasil produksi yang lebih segar, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan sesama peminat nasyid tanah air.

Perjalanan produksi lagu ini juga cukup unik. Ia mula digarap seawal Syawal 2023, sebelum proses rakaman diteruskan pada tahun 2024 dengan penambahan artis kolaborasi.

Rakaman muzik video pula disempurnakan pada Ramadan 2025, menjadikan projek ini mengambil masa yang cukup panjang untuk dihasilkan.

Hal ini kerana jadual padat Ustaz Manis sebagai seorang guru dan penceramah bebas, selain faktor lokasi beliau yang menetap di Pulau Pinang.

Antara komen yang diberikan oleh para pendengar di YouTube
Antara komen yang diberikan oleh para pendengar di YouTube

Pun begitu, hasilnya nyata tidak mengecewakan apabila lagu ini berjaya dihasilkan dengan baik sekali hasil sentuhan Amin Nordin dan tim produksi yang lain dari Smart Audio. Lagu ini mendapat maklum balas yang positif di kalangan pendengar.

Keseluruhan produksi audio visual Manisnya Syawal dijalankan di Smart Audio Studio, Bukit Raja, Klang. Amin Nordin bukan sahaja bertindak sebagai penerbit bersama, malah turut memainkan peranan sebagai komposer, editor, dan videografer bagi muzik video lagu ini.

Dengan harapan besar, Manisnya Syawal diharap dapat menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini. Ayuh, nikmati kemanisan Syawal dengan alunan merdu daripada Ustaz Manis, Azhary, Razin Mestica, dan Khalil Mestica.

Selamat Hari Raya!

Continue Reading

Berita

Vijay Sambut Syawal Di Kampung Bersama Intisor, Citrawi, Syamsul Aidil dan Fourwords

Diterbitkan

pada

Kehangatan Aidilfitri bukan hanya tentang kemeriahan dan kegembiraan, tetapi juga nilai persaudaraan yang merentasi kaum dan agama.

Itulah mesej yang ingin disampaikan menerusi muzik video Syawal Mulia, yang menampilkan pempengaruh terkenal Vijay Thirackumar sebagai model dan pengisi suara (voice-over).

Dalam video muzik ini Vijay membawa watak sebagai seorang lelaki berbangsa India yang mempunyai seorang bapa saudara beragama Islam.

Bapa saudaranya amat mengharapkan kepulangannya ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu.

Sebagai seorang anak saudara yang baik, Vijay berusaha sedaya mungkin untuk pulang dan menyantuni keluarga Muslimnya, mencerminkan eratnya hubungan kekeluargaan yang tidak terbatas pada agama.

Perpaduan dalam Kepelbagaian
Menurut Ustaz Samad dari kumpulan Intisor, kehadiran Vijay dalam muzik video ini membawa mesej yang lebih besar – memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dapat hidup dalam harmoni, saling menghormati adat resam dan kepercayaan masing-masing.

“Kita mahu menunjukkan bahawa walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, perpaduan tetap boleh dicapai melalui nilai-nilai murni dan kasih sayang dalam keluarga,” ujar beliau.

Selain itu, Vijay juga dikenali sebagai seorang pempengaruh bukan Islam yang meminati muzik nasyid serta budaya Melayu-Islam.

Kehadirannya dalam Syawal Mulia menampilkan sisi unik dalam industri hiburan tempatan dan menjadi bukti bahawa keindahan seni boleh menyatukan hati tanpa mengira perbezaan.

Muzik video Syawal Mulia kini boleh ditonton di platform YouTube. Saksikan bagaimana Vijay membawa watak penuh makna ini dan raikan keindahan Aidilfitri dengan mesej perpaduan yang menyentuh hati!

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment