Album Baru Sami Yusuf “The Centre” Tampil Karya Terbaik

Selepas kejayaan menerbitkan album Salaam di bawah syarikat Andante Records, penyanyi kelahiran British ini kini lahir dengan buah tangan terbaru berjudul “The Centre”.

Menurut Sami Yusuf di dalam sebuah sesi soal jawab bersama peminat, album “The Centre” disifatkan sebagai sebuah album traditional contemporary yang menyentuh persoalan yang berkaitan dengan perkara-perkara spiritual dan intelektual.

Bercakap mengenai album “The Centre”, beliau menjelaskan bahawa album ini mengambil masa lebih kurang selama 4 bulan untuk disiapkan bagi memastikan karya-karya yang dihasilkan mencapai kualiti yang terbaik. Sepanjang tempoh tersebut, penyanyi yang pernah digelar sebagai Islam’s Biggest Rock Star oleh majalah TIME ini telah menghabiskan masa di dalam studio selama 16 jam sehari selain sibuk menyiapkan beberapa buah album lain daripada artis-artis di bawah naungan Andante Records yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Cover album The Centre Sami Yusuf

Album “The Centre” memuatkan 13 buah track lagu termasuk 1 track bonus antaranya ialah Pearl, Fire, Go, Khorasan, Prism, Circle, You, The Centre, Lament, The Key, Jaaneh Jaanaan, Sari Gelin dan Khorasan (versi bahasa arab). Apa yang menarik mengenai album ini ialah hampir keseluruhan alat muzik yang dirakamkan di dalam album tersebut telah dimainkan sendiri oleh Sami Yusuf.

Dilantik Sebagai Duta PBB

Dalam perkembangan terbaru, Sami Yusuf baru sahaja dilantik sebagai duta antarabangsa melawan kelaparan menerusi Program Makanan Sedunia (WFP) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pengarah Eksekutif WFP, Ertharin Cousin menyifatkan perlantikan Sami Yusuf sebagai duta akan memberikan impak yang besar ke arah merealisasikan misi utama WFP.

Selain Sami Yusuf, turut bersama beliau sebagai duta WFP adalah pelakon terkenal, Drew Barrymore, penyanyi dan juri rancangan The Voice, Christina Aguilera, pengurus pasukan bola sepak Chelsea, Jose Mourinho dan juga pemain bola sepak terkenal, Kaka.

Album “The Centre” yang diedarkan oleh Membran Media GmbH kini berada di pasaran seluruh dunia bermula hari ini dan boleh didapati secara digital melalui iTunes Malaysia dan Amazon. Selain itu, peminat juga boleh mendengar keseluruhan album secara percuma di Spotify.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago