Sami Yusuf Kecam ISIS

“Saya tidak bersetuju dengan mereka” – Sami Yusuf

Dunia hari ini sering diselubungi dengan isu keganasan antarabangsa. Terbaru, isu in telah menular ke negara bergolak di Syria dan Iraq dengan kemunculan entiti yang dinamakan sebagai ISIS (Islamic State in Iraq & Syria). Tindakan mereka yang telah memenggal kepala wartawan yang bertugas serta kegiatan keganasan yang lain telah mengundang reaksi kurang senang ramai muslim diseluruh dunia termasuk penyanyi popular kelahiran British, Sami Yusuf.

Dalam satu temuramah yang berlangsung awal minggu ini bersama wartawan BBC Noreen Khan, Sami Yusuf menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak media yang terus-menerus mengaitkan pengganas terkutuk di Syria dengan “Islamic State”“Saya kecewa, berasa marah dan menolak sepenuhnya tindakan yang dilakukan oleh pihak media.” 

Menurut Sami Yusuf, terdapat gerakan anti-islam di dalam media dan ini bukan sesuatu perkara yang baru. Ia bukan lagi teori konspirasi kerana terdapat bukti jelas yang menunjukkan usaha memburukkan Islam sedang dilakukan. Sebagai contoh, di sekolah kita diajar tentang sejarah Socrates, Aristotle dan Plato. Kemudian terus lompat 1500 tahun ke era Niche dan juga Marx sedangkan tempoh 1500 tahun tersebut yang mereka namakan sebagai zaman kegelapan merupakan tahun-tahun kebangkitan dan kegemilangan tamadun Islam yang amat  penting dalam sejarah pembangunan teknologi dan kehidupan manusia.

Tambahnya lagi kepada wartawan BBC apabila ditanya mengenai isu yang sama, Sami menjawab: “Mereka (ISIS) adalah sekumpulan orang gila yang perlu diberikan rawatan. Media seharusnya memberikan gelaran bertepatan dengan apa yang mereka lakukan. Gelar mereka “Syaitan” atau apa saja tapi jangan gunakan “Islamic”. Jangan libatkan Islam dengan apa yang mereka lakukan kerana ia langsung tidak berkaitan.”

“Saya tidak bersetuju dengan mereka”, katanya lagi sebelum mengakhiri temubual tersebut dengan persembahan secara live di studio BBC London dalam rangka promosi album terbaru beliau The Centre.

– Munsyeed Dot Com

[alert variation=”alert-info”]Gambar via Twitter[/alert]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago