Categories: BeritaTempatanTerkini

Ustaz Sohibul Fadil Sabikin, Lagenda Nasyid Malaysia Meninggal Dunia

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Dunia hiburan Islam hari ini menerima khabar duka apabila salah seorang lagenda nasyid tanahair, Allahyarham Ustaz Sohibul Fadil Sabikin, 55 tahun, telah kembali kerahmatullah sekitar jam 6:20 pagi tadi di Hospital Kota Tinggi.

Allahyarham Ustaz Sohibul Fadil atau lebih dikenali dengan nama pena B.Nury merupakan antara individu yang terlibat dalam pembangunan OVA Production selain menjadi individu terpenting dalam pembentukan kumpulan Nadamurni (Rabbani & Hijjaz). Beliau yang pernah menyandang jawatan Presiden persatuan Munsyid Malaysia adalah seorang aktivis nasyid yang banyak menyumbang dalam menentukan halatuju industri nasyid di Malaysia. Antara sentuhan emas beliau yang popular serta hits sehingga hari ini adalah “Intifada” dan yang terbaru berjudul “Mawar Berdarah” nyanyian Rabbani yang telah dinobatkan sebagai Lagu Nasyid Terbaik AIM ke-20 di majlis yang berlangsung pada Disember 2013.

Awal tahun ini, pihak Munsyeed pernah melaporkan keadaan allahyarham yang telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Sungai Buloh akibat keadaan kesihatan beliau yang buruk.

Setakat ini pihak kami dimaklumkan bahawa jenazah allahyarham akan dibawa ke Sungai Buloh dan disolatkan di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh selepas zohor hari ini.

Al-Fatihah

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago