Pasti ramai yang sudah tahu yang edCoustic akan muncul dengan album baru hujung bulan ini. Berikut, kami kongsikan kepada anda info-info terbaru mengenai album baru kumpulan religi popular ini. Info-info ini dipetik dari Twitter edCoustic dan juga temubual ringkas yang kami buat bersama edCoustic.
(p/s: Kami buat dalam bentuk point supaya ia lebih menarik dan mudah dibaca)
- “Jika Allah mengizinkan, album ke-4 Edcoustic akan rilis tanggal 25 Mei 2014, bertepatan dengan ulang tahun edCoustic.” (Untuk pasaran Indonesia sahaja. Bagi pasaran Malaysia, nantikan pengumuman lanjut dari edCoustic)
- “Untuk album ke-4 ini, ada 8 lagu kesemuanya. 5 lagu baru, 2 lagu dengan susunan muzik baru dan sebuah lagu dari Ali Sastra berjudul Sahabat.”
- “5 lagu baru yang akan dimuatkan dalam album ke-4 ini berjudul Betapa, Shalatku, Aku Disini, Dzikir Pagi dan Azalia. Lagu Azalia merupakan lagu yang diinspirasi dari novel Aden berjudul Azalia. Manakala 2 lagu dengan susunan muzik baru pula berjudul Tegar dan Kupergi.”
- “Ramai yang bertanya, adakah vokal dalam album ke-4 ini suara Aden atau bukan? Jawapannya tetap 100% suara beliau.”
- “Konsep kemasan untuk album ke-4 ini mungkin akan berbeza dari album sebelum ini. Album ke-4 ini akan berbentuk mini diari. Di dalamnya akan ada foto Aden yang belum pernah diterbitkan atau disiarkan dan juga tulisan dan catatan ketika beliau menulis lagu.”
- “Lebih menarik, kami akan sertakan tulisan tangan Aden ketika menulis lagu Muhasabah Cinta.”
- “Untuk pasaran Indonesia, album ke-4 ini akan turut memuatkan CD dari album pertama dan kedua.”
- “Album ini juga mungkin boleh disifatkan sebagai album eksklusif kerana ia hanya akan diterbitkan sebanyak 2000 keping sahaja.” (Bagi pasaran Indonesia sahaja. Bagi pasaran Malaysia, nantikan pengumuman lanjut dari edCoustic)
- “Kemungkinan besar, album ini juga akan dijual secara dalam talian sahaja (online) untuk pasaran Indonesia.”
- “Untuk pasaran Malaysia, kami sedang dalam proses kerjasama dengan Inteam Records.”
- “Harapannya semoga kita bisa terus menginspirasi teman-teman semua sesuai dengan tagline kita edCoustic Inspiring People. Meskipun aden sudah tiada tetapi karya-karyanya tetap boleh dinikmati oleh semua. Mudah-mudahan, ketika ada orang yang terinspirasi melalui karya-karyanya, semoga ia menjadi doa dan pahala buat Aden.”
Macam mana? Teruja bukan? Nantikan kemunculan album terbaru edCoustic di pasaran dan pastikan anda beli hanya yang Original.
– Munsyeed Dot Com