Categories: KhasKolumTerkini

5 Lagu Wajib Dengar Sempena Hari Ibu

Hari ibu merupakan sebuah perayaan yang disambut pada hari Ahad minggu kedua di dalam bulan Mei. Pada tahun ini, tarikh sambutan hari ibu jatuh pada tanggal 11 Mei 2014 sama seperti beberapa buah negara lain seperti Amerika Syarikat dan Australia. Bersempena dengan hari ibu kali ini, kami senaraikan beberapa buah lagu pilihan yang wajib anda dengar (bukan wajib shar’ie) pada hari ini bersama ibu dan ahli keluarga tercinta yang lain.

1. Lagu Ibu (Rafly)

Dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Acheh, Rafly jelas berjaya membawakan lagu ini setaraf dengan pengkisahan yang terdapat di dalam filem popular berjudul “Hafalan Shalat Delisa”. Selain versi ini, terdapat beberapa versi lain yang turut disertakan sebagai runut bunyi filem tersebut antaranya versi duet bersama pelakon utama, versi orkestra dan juga versi string. Bagitahu kami jika airmata anda tidak mengalir di pipi ketika mendengarkan lagu ini diruangan komen di bawah 😀

2. Buatmu Ibu (Aeman)

Jika masih ada yang belum pernah mendengarkan lagu ini, maka jelas sekali orang tersebut tidak pernah mengikuti sebarang program motivasi di Malaysia. Ini kerana lagu Buatmu Ibu ciptaan Manis Helma dan ITO Lara kerap menjadi pilihan pihak penganjur program sebegini. Setiap kali ianya berkumandang, jarang sekali ada yang gagal menitiskan airmata walaupun berhati sekeras batu. Andai kata setiap penganjur program motivasi membayar royalti setiap kali Buatmu Ibu digunakan dalam program mereka, pasti Hijjaz Records sudah menjadi syarikat bernilai multi-billionaire pada hari ini.

3. Lagu Untuk Ibu (Brothers)

Lagu ini merupakan salah sebuah track yang terdapat di dalam album Brothers: Satu Perjuangan. Tidak dapat dinafikan lagi, Brothers yang pada ketika itu dianggotai oleh Shah, Yasin, Faiz dan Salleh telah berjaya mencipta lagu kedua terbaik bertemakan ibu selepas lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

4. Belaian Ibu (Hijjaz)

Kalau dah namanya Hijjaz, lagu-lagu nasyid seperti ini sememangnya sudah menjadi kepakaran mereka. Menggunakan iringan piano yang sungguh mengasyikkan di dalam lagu, pasti cair hati para ibu yang mendengarnya apatah lagi bila ia dinyanyikan oleh anak-anak mereka sendiri.

5. Kasih Ibu (Burn AF)

Suatu masa dahulu, lagu ini pernah dirakam oleh sebuah kumpulan nasyid baru, namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui, ianya telah diberikan kepada salah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Burn. Mungkin akan ada pihak yang berasa pelik dengan pilihan ini namun pada kami lagu ini merupakan sebuah karya yang cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah lagu bertemakan Ibu/bonda/emak yang menjadi pilihan hati? Kongsikan kepada kami dalam ruangan komen di bawah. Jangan risau, staff Munsyeed Dot Com bukan jenis yang suka makan orang. Kami juga adalah pendengar dan peminat seperti anda 😀

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago