Pendakwah Fattabiouni Bakal Hadir Di Malam Belia Berselawat

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dengan kerjasama Yayasan Abrar akan menganjurkan Malam Belia Berselawat bersempena dengan penganjuran Festival Belia Putrajaya 2014.

Program Malam Belia Berselawat ini akan diadakan di Pentas Utama, Festival Belia Putrajaya 2014 pada hari Khamis, 22 Mei 2014 bermula jam 9.00 malam.

Malam Belia Berselawat

Program ini bakal menampilkan kumpulan Almawlid, Inteam, Kumpulan Anak Warisan Kasih, kumpulan Ahbaabul Musthofa dan kumpulan Qasidah antarabangsa yang berasal dari Syria, Abu Sya ar.

Tumpuan utama pastinya akan terarah kepada tokoh agamawan tersohor yang popular menerusi rancangan tv Fattabiouni iaitu Al Habib Muhammad Bin Abdul Rahman As-Seggaf. Di majlis ini, Al-Habib Muhammad Bin Abdul Rahman As-Seggaf akan membuat penampilan khas dengan memberikan tausiyyah kepada hadirin yang hadir ke majlis tersebut.

Rebut peluang ini untuk hadir ke Malam Belia Berselawat 2014.
Jumpa anda disana!

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago