Maher Zain kini dalam proses menyiapkan album kedua beliau yang dikhabarkan bakal diberi judul Dear ALLAH. Album kedua Maher Zain ini sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat memandangkan kejayaan besar album sulung beliau berjudul Thank You ALLAH.
Maher Zain melalui Thank You ALLAH telah mencetuskan fenomena luarbiasa di seluruh dunia apabila lagu-lagunya berjaya menyentuh hati para pendengar. Dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia yang dibawa khas oleh Adzhar Maludin dari Raudhatus Sakinah, Maher Zain telah meledakkan lagi aura istimewa beliau apabila kesemua Sesi Meet The Fan, persembahan dan showcase beliau dihadiri oleh ramai peminat beliau dari serata tanahair.
Fenomena luarbiasa ini turut dicetuskan oleh Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM-FC) yang diketuai oleh Akhi Fairuz Al-Jengkari. MZM-FC dilihat begitu aktif dalam mempromosi Maher Zain di Malaysia. Sebagai fan club nasyid yang mempunyai jumlah ahli paling ramai di Malaysia, MZM-FC bertanggungjawab menaikkan jumlah peminat Maher Zain apabila di Facebook MZM-FC sahaja, jumlah peningkatan ahli yang cukup ketara berlaku dengan 2000 ahli hanya 1 hari.
Penangan Maher Zain yang cukup istimewa ini telah meletakkan Maher Zain sebagai artis Muslim pertama di dunia yang mencapai jumlah ahli seramai 1 Juta orang dalam masa yang cukup singkat dan hanya berbekalkan 1 album sahaja. Tidak cukup disitu, klip video beliau yang berjudul InshaALLAH mencapai rating 5 Juta penonton baru-baru ini di Youtube.com.