Connect with us

Peraduan

Undi: Album Nasyid Terbaik 2011 Pilihan Pembaca

Diterbitkan

pada

Gambar Ustaz Akhil Hayy.(Ustaz Akhil popular dengan lagu HambaMu yang dinyanyikan bersama Mawi

 

Munsyeed{Dot}Com memberi peluang kepada semua pembaca Munsyeed{Dot}Com dan semua peminat nasyid untuk menobatkan album pilihan kalian sebagai Album Nasyid Terbaik 2011 Pilihan Pembaca.

Anda hanya perlu ke klik disini- (Album Nasyid Terbaik 2011 Pilihan Pembaca) dan undilah Album Nasyid Terbaik 2011 pilihan anda.

Keputusan akan diumumkan pada malam 31 Disember 2011.

InshaALLAH, respon anda akan membantu artis nasyid, komposeer, penggiat dan karyawan nasyid untuk menghasilkan album nasyid yang lebih baik dan berkualiti pada tahun 2012. Jom sebarkan dan ajak kawan-kawan anda mengundi ya! Terima kasih. =) -Munsyeed{Dot}Com.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengumuman

Munsyeed Giveaways November 2013

Diterbitkan

pada

Kami ingin berikan anda hadiah!

Sempena ulangtahun Munsyeed Dot Com yang ke-3 pada tahun ini, Munsyeed Dot Com berbesar hati untuk memberikan anda hadiah sebagai menghargai sokongan dan kesetiaan anda bersama kami.

Hadiah yang disediakan:

  • 1 CD UNIC – Doa
  • 1 CD Imam Muda Azhar Ghazali – Doa Dari Al-Quran
  • 1 CD Ustaz Syed Abd Aljoofre – Ratib Al-Haddad

Cara-cara untuk memenangi:

a Rafflecopter giveaway

Giveaways ini akan tamat pada 1 Disember 2013, jam 12.00 pagi.

Pemenang akan diumumkan pada 1 Disember 2013 jam 8.00 pagi. Pemilihan pemenang adalah muktamad.

p/s: Tim Editorial Munsyeed Dot Com dibenarkan untuk menyertai giveaways ini. Tetapi anda tidak akan dipilih sebagai pemenang! 😛

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Pengumuman

Peraduan Saya Dan Nasyid

Diterbitkan

pada

Assalamualaikum wbt.

Munsyeed{Dot}Com dengan kerjasama Arteffects International akan menganjurkan sebuah peraduan yang diberi nama Saya Dan Nasyid. Peraduan ini akan berlangsung bermula 16 September 2012 hingga 30 September 2012.

Cara Menyertai Peraduan Saya Dan Nasyid

1. Kongsikan detik-detik manis anda bersama nasyid. (Sama ada artis nasyid, lagu nasyid atau apa jua yang berkaitan nasyid). Anda boleh tulis dalam bentuk cerita, point, bergambar mahupun bervideo. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Lihat contoh disini: Saya Dan Nasyid.

2. Siarkan di blog peribadi anda atau di Facebook anda. Pastikan anda letak logo Munsyeed{Dot}Com di dalam entri tersebut. Logo Munsyeed{Dot}Com boleh diperolehi disini: Logo 1, Logo 2.

3. Emailkan kepada kami pautan (link) artikel/entri di blog anda atau di Facebook anda. Sertakan butiran peribadi seperti: Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat dan Nombor Telefon. Email kami: [email protected].

 

Dua puluh (20) pemenang terpilih akan menerima hadiah menarik berupa sebuah CD Zikir Terapi Asmaul Husna – Mawi yang ditaja oleh Arteffects International.

Keputusan akan diumumkan pada 1 Oktober 2012.

 

Syarat-syart peraduan:

  1. Terbuka kepada semua pembaca Munsyeed{Dot}Com yang bermastautin di Malaysia sahaja.
  2. Karya yang dihasilkan mestilah karya asal yang dihasilkan oleh para peserta sendiri. Plagiat adalah dilarang sama sekali.
  3. Keputusan para juri peraaduan adalah muktamad.

 

Selamat mencuba!

Jom sebarkan kepada rakan-rakan anda!

-Munsyeed{Dot}Com

Continue Reading

Berita

Tarikh Festival Nasyid Selangor Dilanjutkan

Diterbitkan

pada

Festival Nasyid Negeri Selangor

(Berita ini diulang siar dengan beberapa pindaan yang telah dilakukan oleh pihak penganjur)

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor akan menganjurkan Festival Nasyid Negeri Selangor. Acara yang cukup dinanti-nantikan ini pada mulanya bakal diadakan pada 23 Jun 2012, namun atas permintaan ramai, pihak penganjur telah bersetuju melanjutkan tarikh festival kepada tarikh baharu, 30 Jun 2012 bersamaan 10 Syaaban 1433H bertempat di Dewan Unisel, Shah Alam.

Festival Nasyid yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah, bakal memberi kebebasan kepada para peserta untuk menentukan konsep persembahan sama ada tradisional mahupun moden.

Hadiah Tempat Pertama berupa wang tunai berjumlah RM3,000 beserta hadiah iringan. Tempat kedua akan membawa pulang RM2,00o beserta hadiah iringan dan tempat ketiga akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 beserta hadiah iringan.

Syarikat Nasyeed Edutainment Sdn Bhd telah dipilih untuk menguruskan acara yang istimewa ini.

Untuk mengetahui syarat penyertaan dan memuat turun borang penyertaan, sila ke laman web Nasyeed.Com di www.nasyeed.com.

-Munsyeed{Dot}Com

Continue Reading

Trending