Categories: BeritaTempatan

Amer Almawlid Dikurniakan Bayi Puteri

Amer Munawer dan anak sulungnya, Ibrahim. Sumber: Facebook Habib Syech Malaysia Tour 2012.

Awal pagi ini kami ada menerima info daripada Syah Inteam yang rakan artisnya, Amer Munawer dari kumpulan popular Almawlid telah menimang cahaya mata kedua awal pagi ini.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Amer Munawer melalui satu khidmat pesanan ringkas kepada Syah Inteam dan beberapa rakan lain.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang puteri, anak kami yang kedua pada jam 6.35 pagi tadi. Mohon doa semoga anak ini menjadi anak yang solehah. Amin.” kata Amer dalam SMS yang dikongsikan oleh Syah Inteam kepada kami.

Gambar anak kedua Amer Munawer. Sumber: Amin Inteam.

Tahniah diucapkan kepada Amer Munawer dan isteri diatas kelahiran bayi kedua pada awal pagi tadi. Mesti anak sulung Amer; Ibrahim seronok kerana sudah dapat adik baru. Semoga puteri yang baru lahir ini menjadi anak yang solehah dan bertaqwa.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago