Categories: BeritaTempatan

Amin Idris Kongsi Video Acah “Suci Sekeping Hati 2025”

Pendakwah dan personaliti terkenal, Amin Idris, membuatkan ramai peminat nasyid teruja apabila memuat naik sebuah video acah (teaser) rakaman lagu ‘Suci Sekeping Hati’ versi 2025 di studio.

Lebih menarik, versi baharu lagu ini bakal menampilkan kumpulan Saujana, Amin Idris dan Wany Hasrita serta dua bekas ahli kumpulan Saujana, Datuk Dr Idzu Baharin dan Dr Faizul Ghazali.

Istimewanya, projek ini dijayakan dengan kerjasama jenama telekung premium, Siti Khadijah, yang sinonim dengan elemen ketenangan dan keanggunan dalam ibadah.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada lagu yang pernah menjadi siulan ramai, tetapi juga menzahirkan mesej spiritual yang lebih mendalam kepada peminat.

Video acah tersebut telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan versi terkini lagu malar segar ini.

Dengan susunan muzik yang dijangka lebih segar dan dinamik, projek ini pastinya mengimbau nostalgia buat peminat setia nasyid, sambil memperkenalkan karya ini kepada generasi baharu.

Peminat kini menantikan pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran lagu tersebut, yang dijangka membawa nafas segar kepada industri nasyid tanah air.

Adakah gandingan ini mampu mencipta fenomena seperti dahulu? Sama-sama kita nantikan!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago