Meriah! Raihan Tampil Dengan Video “Doa Niat Puasa” Versi Classroom Instruments
Doa Niat Puasa - Raihan
Menjelang Ramadan, kumpulan nasyid legenda Raihan sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran video terbaru mereka, “Doa Niat Puasa” (Classroom Instruments).
Kali ini, Raihan tampil dengan konsep yang lebih santai dan unik, menggunakan pelbagai alat muzik ringkas yang sering digunakan dalam pembelajaran muzik.
Dicipta oleh Abu Bakar B. Md Yatim dengan lirik oleh Che Amran B. Idris, lagu ini disusun dengan sentuhan istimewa oleh Bakafro atau Abu Bakar sendiri.
Diterbitkan oleh Raihan Creative Sdn Bhd dengan hak penerbitan oleh Warner Chappell Music, projek ini menampilkan gandingan vokal Che Amran Raihan, Abu Bakar Raihan, dan Fadzli Aziz.
Lebih menarik, versi ini membawa nuansa segar dengan alunan pianica, ukulele, xylophone, marakas, tamborin, cowbell, serta bunyi unik seperti duck whistle dan triangle.
Semua rakaman dilakukan di Sonic Legend Studio dengan sentuhan jurutera rakaman Yon, memastikan kualiti audio yang terbaik untuk para peminat.
Sambutan Hangat Daripada Peminat
Sejak dimuat naik, video ini mendapat reaksi positif daripada peminat di YouTube. Antara komen yang mencuri perhatian:
Dengan pendekatan ini, Raihan bukan sahaja menampilkan doa niat puasa dalam versi yang lebih interaktif, tetapi juga mengajak generasi muda untuk mengenali muzik Islamik dalam suasana yang lebih santai dan mendidik.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton video penuh “Doa Niat Puasa” (Classroom Instruments) di YouTube Raihan!
Husaini Hussein
Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.