Categories: BeritaTempatan

Ana Muslim & Nasyeed.Com Rai Anak Yatim

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Ana Muslim dan rakan penganjur, Nasyeed.Com telah meraikan anak-anak yatim dan miskin di Majlis Sambutan Berbuka Puasa Ana Muslim & Nasyeed.Com. Majlis yang cukup meriah ini telah diadakan di perkarangan pejabat urusan Ana Muslim di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Seramai hampir 150 orang tetamu telah hadir ke majlis berbuka puasa tersebut.

Anak-anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah bergambar bersama Pengarah Urusan Ana Muslim, Tn Hj Othman dan isteri.

Anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Anak Yatim Al-Nasuha dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Baiti Saidati Khadijah telah diundang dan diraikan dalam majlis berbuka puasa tersebut. Turut meraikan anak-anak yatim ini, barisan artis nasyid tanahair seperti kumpulan Raihan, kumpulan Mestica, Zaidi Wildan, kumpulan Hufaz, kumpulan Chaliph dan artis Ana Muslim sendiri, Yoga Al-Ghazali.

Penyampaian Duit Raya dan Cenderahati kepada Anak-Anak Yatim Nasuha.

Di majlis tersebut, Ana Muslim, Chef Abdul Manan dan Nasyeed.Com telah menyampaikan sumbangan duit raya dan cenderahati istimewa kepada anak-anak yatim Rumah al-Nasuha . Terdahulu, di sebelah pagi, Ana Muslim telah menyampaikan sumbangan duit raya dan cenderahati kepada anak-anak yatim dan miskin Baiti Saidati Khadijah bertempat di pejabat urusan mereka di Desa Melawati.

Menurut Pengarah Urusan Ana Muslim, Tuan Haji Othman Mohamed, majlis tersebut diadakan bagi meraikan anak-anak yatim disamping menghidupkan budaya yang baik dikalangan masyarakat.

“Mengambil keberkatan bulan Ramadhan, Ana Muslim telah menganjurkan majlis berbuka puasa ini bersama rakan bisnes kami untuk meraikan golongan anak-anak yatim yang istimewa ini. Disamping itu, kami juga berhasrat untuk menghidupkan kembali budaya memberi dikalangan masyarakat agar budaya ini dapat dihidupkan dan diteruskan bagi kebaikan bersama.” jelas Tuan Hj Othman.

Antara selebriti yang hadir di Majlis Berbuka Puasa Ana Muslim & Nasyeed.Com

Tambah beliau, majlis ini juga dianjurkan bagi merapatkan ukhwah antara syarikat Ana Muslim, Nasyeed.Com dan rakan-rakan artis serta pengamal media.

Ust Sya’ari dan Tn Hj Othman bersalaman seusai manandatangani MoU Kerjasama Strategik antara kedua-dua syarikat.

Di majlis yang sama, Ana Muslim dan Nasyeed.Com turut mengadakan satu sesi menandatangani MoU kerjasama diantara kedua-dua syarikat. Ana Muslim telah diwakili oleh Pengarah Urusannya, Tuan Haji Othman Mohamed. Manakala Nasyeed.Com telah diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran, Ustaz Sya’ari Bin Ramli. Melalui kerjasama strategik ini, pihak Ana Muslim telah bersetuju memilih Nasyeed.Com untuk mengedar dan memasarkan produk-produk terbitan Ana Muslim Studios untuk pasaran Malaysia.

Menurut seorang jurucakap Ana Muslim, Ana Muslim Studios kini semakin aktif menerbitkan pelbagai produk audio dan visual berbentuk pendidikan Islami termasuk nasyid. Produk-produk ini berjaya menawan hati para peminat apabila permintaan terhadap album-album ini cukup memberangsangkan.

Terdapat 5 buah album untuk kanak-kanak dimana setiap lagu dalam album-album ini bermesejkan intisari daripada surah-surah Juzuk ‘Amma. Menariknya, album ini turut menampilkan karektor terkenal dari Majalah popular, Ana Muslim.

Yoga Al-Ghazali

Tidak terhenti setakat itu, bagi golongan remaja, Ana Muslim Studios telah menerbitkan album berkonsepkan pop Islami yang dinyanyikan oleh artis, komposer dan penulis lirik berbakat besar, Yoga Al-Ghazali.

“Pihak Ana Muslim Studios mengharapkan dengan kewujudan album-album Islami ini, sedikit sebanyak ia dapat mengimarahkan lagi dunia hiburan nasyid di peringkat tempatan mahupun global.” ulas jurucakap Ana Muslim Studios.

Bgai mereka yang berminat untuk dapatkan album-album dan produk terbitan Ana Muslim, anda boleh layari www.anamuslim.com.my untuk pembelian dalam talian (online) atau dapatkan produk-produk yang akan diedarkan oleh Nasyeed.Com ini di pasaran kelak.

-Munsyeed{Dot}Com.

 

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago