Categories: BeritaTempatan

Anak Alan UNIC Meninggal Dalam Kandungan

Alan dan isteri tercinta, Mastura sewaktu di majlis Anugerah Nasyeed.Com 2012.

Hari ini kami terima berita sedih yang menimpa Alan UNIC sekeluarga. Anak Alan UNIC yang masih dalam kandungan telah meninggal dunia kerana masalah pendarahan yang serius. Alan UNIC atau nama sebenarnya, Syed Mohd Azlan memberitahu, isteri beliau; Mastura, telah dimasukkan ke Hospital Kajang sejak Isnin kerana mengalami pendarahan.

Pada mulanya, doktor yang memeriksa isteri Alan memaklumkan yang keadaan isterinya dan bayi di dalam kandungan selamat. Namun, ajal itu ketentuan ALLAH SWT. Pada hari Selasa, 14 Ogos 2012, doktor mengesahkan yang bayi di dalam kandungan tidak dapat diselamatkan dan bayi tersebut meninggal dunia di dalam kandungan.

Menerusi laman sosial Twitter, Alan memberi respon ringkas, “ALLAH SWT simpan baby untuk kami jumpa disana nanti..”

Takziah buat Alan dan isteri. Semoga kalian tabah menghadapi ujian ini.

-Munsyeed{Dot}Com.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago