Innuendo, Ruffedge dan V.E. Tiga nama yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air satu ketika dahulu, dan menjadi kegilaan remaja. Sebagai peminat muzik, adalah juga saya ikuti perkembangan mereka dan ada juga lagu mereka yang boleh saya hadam.
Tapi itu cerita dahulu. Penghijrahan Amer, Zaf, Azan, Lah dan Pot membuka jalan untuk mereka meneruskan karya mereka, walaupun platformnya mungkin berbeza, tapi akarnya tetap sama. Maka lahirnya Almawlid, kumpulan yang mungkin juga boleh dipanggil ‘supergroup’.
Tak sabar dan excited juga sebenarnya menunggu album pertama mereka. Sebaik menerima, saya membelek covernya. Simple, ringkas dan tiada grafik-grafik padat. Namun apa cerita lagu-lagunya? Jom kita go through satu-satu. JALAN!
Track 2 – Mahalul Qiyam : Track selawat yang kedengaran sangat authentic irama maulidnya. Dengan groove percussion yang sangat menarik dan melodi yang hype, terasa seakan mahu bermaulid sama. Meriah!
Track 3 – Cahaya Seluruh Alam : Muzik R&B adalah root asal mereka, dan mereka tak dapat lari dari muzik sebegini. Single pertama mereka yang memang ada nilai komersil. Terdengar jugalah adlib dan harmoni yang menjadi trademark mereka satu ketika dahulu. Best. Siapa sangka mereka mampu ketahap sebegini?
Track 4 – Tholama : Mereka mengekalkan struktur root melodi selawat Tholama yang asal, namun mereka melakukan improvasi dengan memasukkan elemen-elemen vocal R&B mereka. Improvasi yang dilakukan mereka sangat kemas, termasuk dengan harmoni yang sangat-sangat-sangat smooth! Dilatari dengan beat percussion yang pelbagai dan bertukar2 rhythmnya
Track 5 – Menuju Ke Madinah : Pekat betul root R&B mereka dalam lagu ini. Kedengaran light n easy, lengkap dengan chorus yang catchy jugalah. Yelah, setelah menjadi antara ‘pioneer’ R&B di Malaysia satu ketika dulu, mana mungkin dapat mereka lari daripada root asal mereka, ye tak?
Track 7 – Ingin Bersamamu – Satu-satunya lagu Ballad dalam album ini. Macam biasa, keupayaan mereka tak perlu disangkal lagi. Smooth, dengan dilatari dengan flut tiupan Mohar dan petikan gitar, cukup simple. Tapi tetap menarik untuk didengar
Jujurnya, album sulung Almawlid memang sebuah album yang perlu diambil perhatian untuk tahun ini. Produksi album yang baik dan semuanya lahir atas semangat mahu memeriahkan lagi Industri. Dapatkan album ini sekarang, pastikan yang ORIGINAL.
p/s: Takde lagu Belaian Jiwa ke?