Categories: BeritaTempatanTerkini

Zaidi Wildan Bakal Muncul Solo

Zaidi Rustam

Vokalis kumpulan Wildan, Zaidi Rustam bakal muncul dengan sebuah lagu solo tidak lama lagi. Menurut Zaidi, keputusan untuk menerbitkan lagu solo ini dibuat sebagai satu usaha untuk mengembangkan lagi bakat beliau dalam industri muzik Malaysia.

Ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Ana Muslim & Nasyeed.Com, Zaidi menjelaskan lagu solo yang bakal diterbitkan kelak akan berbeza berbanding lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh beliau melalui kumpulan Wildan.

“Antara sebab saya tampil solo adalah lagu ini jelas berbeza berbanding lagu-lagu yang dibawakan oleh Wildan. Mesejnya lebih universal dan mudah dihayati oleh sesiapa sahaja.” ujar Zaidi.

Lagu solo tersebut diberi judul Penawar Hati. Hasil nukilan Zaidi sendiri dengan sentuhan muzik dari komposer terkenal, Dak Mie.

Zaidi bagaimanapun menegaskan yang beliau masih ahli kumpulan Wildan dan akan kekal bersama dengan Wildan walaupun menerbitkan lagu solo.

Wildan

Zaidi menambah, Wildan juga bakal muncul dengan sebuah lagu baharu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti berjudul Usah Berpaling Lagi. Lagu ini hasil ciptaan ahli kumpulan Muslim Voice dan lirik oleh Zaidi.

“Lagu Usah Berpaling Lagi saya tujukan khas buat rakan-rakan di dalam Wildan. Ia merupakan luahan hati saya kepada Wildan iaitu jika saya sudah tiada kelak, (mereka) teruskanlah perjuangan di dalam Wildan seperti yang pernah kita sepakati dahulu.” jelas Zaidi menutup bicara.

Kepada para peminat, nantikan lagu single terbaru Zaidi Rustam dan lagu terbaru kumpulan Wildan yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

-Munsyeed{Dot}Com.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago