Categories: Terkini

Azwan Ibrahim Bermunajat Kasih


Ahli-ahli kumpulan Far-East sememangnya berbakat besar, samada bersama Far East mahupun diluar. Contohnya, Fadzli merupakan seorang composer nasyid yang hebat, manakala Nabil Ahmad pula adalah seorang  pengacara dan penyampai radio yang versatile.

Salah seorang ahlinya, Azwan Ibrahim juga tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini, beliau telah menghasilkan album berkonsep zikir, selawat dan nasyid dibawah terbitan syarikat Wahyu Suci Sdn Bhd.

Album yang diberi tajuk Munajat Kasih itu  menampilkan 11 track himpunan zikir dan selawat dendangan ahli kumpulan Far-East yang terkenal dengan kebolehan bertaranumnya. Diantara yang terkandung dalam album tersebut ialah Munajat Kasih, Subahanallah, Syahdu dan Selawat Maulidurrasul. Selain itu, turut termuat di dalam album ini ialah doa dan qasidah yang dialun kemas oleh Azwan.’

Apa yang menarik, peminat juga boleh memuatkan lagu-lagu di dalam album ini sebagai caller ringtone pada telefon bimbit mereka dengan merujuk maklumat yang disertakan pada CD.

Album solo pertama ahli Kumpulan  Far-East ini diterbitkan oleh label Wahyu Suci Sdn Bhd dan diedarkan oleh E-Rama Records ini boleh didapati dengan harga RM20.00 dan boleh  didapati di kedai-kedai CD dan buku agama terpilih – MUNSYEED.COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago