Categories: Terkini

NASYID 2011 – MAHU BANGKIT ATAU MASIH DISITU

Assalammualaikum semua.

Agak lama juga saya tidak mencoret sesuatu di ruangan saya ini. Kekangan masa dan kesibukan kerja menjadi penghalang. Namun, dicelah itu, tidak sedar rupanya sudah masuk tahun baru 2011. Seakan pantas masa berlalu meninggalkan kita

.Umum tahu, apabila masuk sahaja tahun baru, ramai yang akan  pasang niat, memateri azam agar menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Bercerita tentang tahun baru ini, tertanya juga saya akan adakah satu sinar baru buat industri nasyid pada tahun ini.

Jangan dilupa, tahun ini kita akan menyambut ulangtahun ke 15 evolusi baru nasyid tanah air yang digerakkan Raihan pada 1996 dahulu. Bayangkan, bagaimana kumpulan tersebut Berjaya menjual hampir  600,000. Bertitik tolak daripada  itu, nasyid melonjak naik sehingga menenggelamkan terus muzik lain seperti dangdung dan ‘rock leleh’

Tahun lepas menyaksikan industri nasyid seolah-olah cuba bangkit semula selepas turut sama terkena tempias kelembapan industri muzik Malaysia. Mungkin juga terbawa dek arus Maher Zain yang dilihat merancakkan semula industri nasyid.

Perlu diingat, zaman kini trendnya sudah berubah. Kita mahukan penasyid menjadi lebih progressif dalam menjalankan dakwah melalui hiburan Islam ini. Ya, kini kita bukan sahaja mahu menyasarkan peminat-peminat biasa yang mengaji di sekolah-sekolah agama, orang-orang masjid, tapi kita mahu sampaikan mesej itu ke segenap penjuru masyarakat. Ini bukan kerja penasyid sahaja, tetapi tanggungjawab semua orang.

Saya sendiri mengesan terlalu ramai bakat baru yang perlu diketengahkan. Banyak yang mempunyai semangat untuk berjuang sama dalam nasyid. Namun, ada yang mengeluh, factor kekangan dan ketiadaan platform membantutkan usaha mereka.

Saya tak melihat nasyid pada masa ini hanya bergantung pada penjualan album dan persembahan sahaja. Kita ada blog, Facebook dan sebagainya yang mampu menjadi wadah untuk kita berkarya.

Tiada alasan lagi mahu menunggu untuk disuap. Tiada jalan mudah yang boleh diambil, melainkan usaha sehabis mungkin untuk menaikkan kembali industri nasyid ini. Soal komitmen, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kurangkanlah perbalahan, mempertikai satu sama lain dan menembak kontroversi yang keterlaluan Moga impian ramai yang mahu nasid kembali meniti puncak pada tahun ini.

Lakukanlah semuanya, ikhlas, Kerana ALLAH Taala…

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago