Categories: BeritaTempatan

Banjir: Gelombang #MunsyeedPrihatin Bermula

Keadaan  banjir yang kritikal  di kawasan Pantai Timur Semenanjung dianggap sebagai antara bencana terburuk dalam beberapa  tahun ini. Banjir yang berpunca daripada keadaan musim hujan yang berlaku setiap bulan November dan Disember sepanjang tahun dilihat telah melumpuhkan beberapa kawasan di Pantai Timur. Malahan, ada kawasan yang teruk terjejas dek kerana bencana alam tersebut.

Pihak kami menerima beberapa perkembangan daripada penasyid yang turun padang menabur bakti membantu mangsa banjir.

Damai Tampil Meringankan Beban

Kumpulan nasyid Damai adalah antara munsyeed yang memberikan respon paling awal selepas laporan mengenai keadaan mangsa banjir di Kuantan mula tersebar secara meluas di laman sosial. Sejurus mendapat bekalan bantuan, mereka bersama pasukan misi dari Smart Stream Sdn. Bhd. terus bergerak menuju ke pusat pengumpulan mangsa banjir di Pusat Belia Kuantan. Antara selebriti lain yang sepatutnya turut serta bersama mereka adalah Mu’adz Dzulkefly. Namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana kekangan masa dan komitmen semasa.

Mu’adz & Aktivisma Tidak Dapat Dipisahkan

Melihat laporan-laporan yang terpampang di laman media sosial, pelantun bersuara lantang dan artis solo nasyid tanahair, Muadz Dzulkefly tidak lagi mampu untuk berdiam diri. Kerja-kerja sukarelawan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan aktivisma seakan sudah sebati dan menjadi sebahagian daripada sel-sel tubuhnya. Berbekalkan pengalaman menyertai pelbagai bentuk misi bantuan kemanusiaan dalam dan luar negara, beliau bersama 38 anggota sukarelawan yang lain mengambil keputusan drastik untuk bertolak ke Kuantan, Pahang bagi menyertai misi bantuan anjuran Global Peace Malaysia.

Follow akaun Twitter @muadzul dan Facebook beliau untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini misi,

Hafiz Batal Percutian Bersama Staff Arteffects International

Dalam perkembangan berkaitan, Hafiz Hamidun turut serta dalam mencakna isu bencana yang sedang melanda tanah air. Hafiz diberitakan mengambil keputusan untuk membatalkan percutiannya bersama kakitangan syarikat rakaman miliknya, Arteffect International.

Malah,  penyanyi yang popular dengan album Zikir Terapi yang mencatat jualan beratus ribu Unit itu tampil menghulurkan bantuan dengan menderma 2000 buku Roti Gardenia dengan bantuan syarikat Telekom Malaysia (TM).

Dijangka ramai artis nasyid lain yang akan turun bersama bagi meringankan beban mangsa banjir.

Kami di Munsyeed Dot Com akan cuba memberikan kemaskini terbaru daripada munsyeed yang terlibat di sana dari semasa ke semasa.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago