Categories: BeritaTempatan

Pencetus Ummah Minggu ke 3 – Saingan Makin Sengit!

Selepas dua minggu bersiaran, rancangan Pencetus Ummah yang diperkenalkan oleh Astro terus menjadi tumpuan ramai. Malahan, saingan yang telah masuk minggu ketiga makin sengit. Seperti minggu-minggu terdahulu, kali ini Pencetus Ummah menampilkan beberapa selebriti terkemuka tanahair untuk menanyakan soalan-soalan berkaitan hukum semasa. Antara yang hadir adalah Shahir AF, Catriona Ross dan Anita Baharom.

Pada minggu ketiga, tiga peserta telah mencatat markah terendah iaitu Hafiz dengan markah 74.67%, Sufian (72.33%) dan Razi (70.67%). Ketiga-tiga peserta ini kini sedang menunggu undian penonton untuk meneruskan cabaran mereka.

KEDUDUKAN TERKINI PESERTA PENCETUS UMMAH

Cara Undian:-

  1. Layari laman web – http://www.astrogempak.com.my/pencetusummah/lamanutama.aspx
  2. Daftar masuk menggunakan ID Facebook anda
  3. Mulakan undian dengan memilih seorang daripada tiga peserta yang berada di tangga terbawah. Peserta yang mendapat undian tertinggi akan mara terlepas daripada penyikiran skaligus terlepas daripada penyikiran

*Para penonton hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja dalam masa satu hari.

Jom lihat gambar-gambar sekitar rakaman dari minggu ketiga. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago