Categories: BeritaTempatanTerkini

Berjaya Mendapat 57 Juta Strim di Platform Digital, Rabithah Ingin Ulangi Kejayaan Menerusi Zikir Ramadan

Menghimpunkan doa-doa Ramadan terbaik di dalam sebuah lagu, kumpulan Rabithah yang dianggotai oleh Ridwan, Mahdi dan Ayman tampil memeriahkan sambutan Ramadan tahun ini dengan single terbaru berjudul Zikir Ramadan. Lagu ciptaan Akmal Mustafa ini dipilih sebagai single pertama Rabithah bagi tahun 2024.

Memilih lagu berunsur zikir dan doa, Ayman menjelaskan kumpulan Rabithah punya alasan tersendiri.

“Pertama kali kami bawakan lagu berkonsepkan zikir dan doa pada PKP tahun 2020 yang lalu menerusi album Doacapella.

“Masa tu kita semua maklum nak buat marketing lagu pun sangat susah. Banyak kekangan yang tak dapat dielakkan. Masing-masing pula duduk berjauhan.

“Tapi dengan izin Allah swt, alhamdulillah album Doacapella dah berjaya memperoleh lebih 57 juta strim di platform digital dan telah menjana lebih 13 juta tontonan menerusi kandungan janaan pengguna di TikTok.

“Tahun ini Rabithah sekali lagi hadir dengan lagu berunsur doa dan zikir bagi mengisi ruang genre zikir pop di pasaran komersial.

“Dalam masa yang sama kami ingin menyebarluaskan kepelbagaian zikir yang boleh diamalkan masyarakat di bulan Ramadan.

Berkongsi tentang lagu ini, Ridwan berkata para pendengar single terbaru mereka itu akan dihidangkan dengan pelbagai doa-doa mustajab.

“Kami bawakan doa-doa ini yang diamalkan sepanjang Ramadan oleh para alim ulama’ dalam Zikir Ramadan yang mana setiap satunya memiliki fadilat-fadilat istimewa yang tersendiri.

“Contohnya bila berhadapan urusan kerja yang menyulitkan, boleh amalkan zikir ini. Kerana antara fadilat dalam zikir yang Rabithah bawakan kali ini ialah dipermudahkan urusan-urusan yang kita rasa amat sukar.

Selain itu, terdapat pelbagai fadilat lain yang boleh dimanfaatkan oleh para pendengar menerusi Zikir Ramadan ini. Fadilat-fadilat ini ada dikongsikan oleh Rabithah di laman media sosial mereka.

Zikir Ramadan telahpun berada di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Video muzik pula boleh ditonton di saluran Youtube Tarbiah Sentap.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago