Categories: BeritaTempatanTerkini

Reggae Selawat – “Saya memang nak ajak orang berselawat tanpa sengaja…” – Isman Hijjaz

Nama Isman Isam mungkin kurang dikenali tetapi apabila disebut Isman Hijjaz pasti ramai yang mengenali sifu nasyid ini. Lagu-lagu ciptaan beliau antara lagu-lagu yang hits di radio.

Menggunakan 2 nama pena; Manis Helma dan Manis Alia, sentuhan Isman seakan magis buat artis baharu. Inteam dengan Kasih Kekasih, UNIC dengan Hanya Tuhan Yang Tahu, Devotees dengan Tika Dinihari dan Mahar Cinta serta banyak lagi.

Tidak terhenti disitu, Isman juga turut terlibat dalam pembikinan lagu-lagu untuk artis arus perdana seperti Ainan Tasneem (Hanya PadaMu), Syafiq Farhain (Demi Setia), Sarah Suhairi dan ramai lagi.

Tidak mengenal erti lelah, Isman berkata idea untuk menghasilkan lagu sentiasa mencurah-curah. “Setelah hampir 30 tahun dalam dunia penciptaan lagu, idea untuk menghasilkan lagu tidak pernah berkurang. Malah semakin hari, semakin banyak idea menggubah lagu, mencari kelainan dan memberikan sesuatu yang baharu dalam genre nasyid,” kata Isman.

Reggae Selawat – Projek Solo Terbaru Isman

Ditanya mengenai perkembangan terkini beliau, Isman berkongsi yang beliau kini tampil dengan lagu solo terbaru berjudul Reggae Selawat.

“Gubahan muzik memang reggae sepenuhnya tapi pengisian lirik lagu saya isikan dengan selawat.”

Nak Ajak Orang Berselawat

“Apa yang saya buat ni, saya memang nak ajak orang berselawat tanpa sengaja. Bila mereka dengar lagu ni kalau boleh biar melodinya melekat dikepala. Dari situ, paling tidak mereka akan berselawat didalam hati. Itulah imaginasi saya bila cipta Reggae Selawat. Orang lain tak buat, saya buat,” tegas Isman Isam.

Reggae Selawat merupakan lagu solo ke-3 Isman. Sebelum ini beliau pernah menghasilkan lagu Ijabah dan diikuti Keroncong Zikir Doa untuk projek solo beliau.

Berani Membuat Kelainan

Kemunculan lagu Reggae Selawat ini membuktikan Isman seorang yang berani untuk mencipta atau membuat transformasi dalam genre nasyid ini.

Jika dilihat satu ketika dahulu, nasyid pernah terikat kepada ketuhanan semata. Tetapi, selaku komposer, Isman berani menongkah arus, memberikan suntikan cinta bersyariat dalam karyanya. Akhirnya menjadi fenomena dan ikutan kumpulan nasyid yang lain.

Dengan Reggae Selawat, Isman bereksperimentasi mengetengahkan lagu nasyid dengan sentuhan reggae untuk memberikan warna dalam industri nasyid tanahair.

Isman Keluar Hijjaz?

Ditanya adakah ini petanda Isman sudah keluar daripada Hijjaz dan memilih haluan sebagai artis solo, Isman pantas menafikan dakwaan tersebut.

“Tidak. Untuk makluman peminat, saya masih lagi mengganggotai kumpulan nasyid popular Hijjaz. Setiap minggu masih memenuhi undangan persembahan pentas bersama Hijjaz. Projek solo ini lebih kepada minat dan penghargaan saya kepada peminat-peminat.”

Isman juga berharap agar pendengar menggunakan lagu Raggae Selawat sebagai muzik atau lagu latar di Tik Tok dan semua media sosial yang ada. Gunakan untuk jalan kebaikan bukan sekadar untuk berhibur semata mata. Disini lagu cepat tersebar. “Niat saya senang saja. Saya nak semua orang sentiasa berselawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW”. Ujar Isman Isam.

Lagu Reggae Selawat telah pun berada disemua platform penstriman muzik digital seperti Youtube, Spotify, Apple Music dan pelbagai lagi.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago