Categories: BeritaTempatanTerkini

“Mungkin Ramadan tahun ini adalah yang terakhir…” – Sayu Hati Mendengar Lagu Terbaru Ustaz 3 Beradik

Setelah kejayaan mengungguli Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik Anugerah Carta 114 TV AlHijrah, kumpulan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ustaz 3 Beradik (Ustaz Zarifi, Ustaz Hariri dan Ustaz Ihsan) kini tampil dengan single terbaru berjudul Entahkan Ramadan Terakhir Kali.

Lagu Entahkan Ramadan Terakhir Kali merupakan sebuah lagu ciptaan komposer muda, Imtiaz (anggota kumpulan Simfoni). Manakala liriknya ditulis sendiri oleh Ustaz Hariri.

Bercerita mengenai lagu ini, Ustaz Zarifi, salah seorang anggota kumpulan Ustaz 3 Beradik menjelaskan, lagu ini dibuat untuk mengajak pendengar menghargai nikmat berada di bulan Ramadan ini.

“Lagu ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengajak diri kita semua untuk bersyukur atas nikmat bertamu di bulan Ramadan.”

“Marilah kita memanfaatkan rezeki dipanjangkan usia di bulan Ramadan ini untuk kita lipatgandakan amal ibadat serta menjadikan ia sebagai satu kembara rohani buat diri kita. Mungkin Ramadan tahun ini adalah Ramadan terakhir dalam hidup kita. Jadi, ia akan memotivasikan kita untuk meningkatkan amalan di bulan penuh barakah ini.”

Ustaz Zarifi juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada ramai pihak yang telah menyumbang bakti dalam merealisasikan lagu Entahkan Ramadan Terakhir Kali.

“Kami telah melihat potensi Saudara Imtiaz yang mempunyai semangat daya juang tinggi. Beliau juga adalah seorang anak muda yang berbakat besar dalam industri. Segala sumbangan beliau amat dihargai.”

“Juga tidak ketinggalan kepada Ustaz Hariri atas lirik puitis beliau. Beliau berjaya mengolah lagu ini dengan baik sekali,” ujar Ustaz Zarifi.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Wan Saleh yang bertindak menyusun muzik untuk lagu ini. Sentuhan Saudara Wan Saleh memperlengkap lagu ini. Begitu juga sahabat kami Saudara Acap FINE yang membantu semasa proses rakaman berlangsung.”

Video muzik Entahkan Ramadan Terakhir Kali telah berada di saluran Youtube Ustaz 3 Beradik. Lagu penuh mendayu ini mendapat maklum balas yang cukup baik di kalangan pendengar.

Tidak ketinggalan, penulis lirik prolifik, ITO Lara juga turut memuji keindahan lagu ini di bahagian komen, video muzik rasmi lagu ini di Youtube.

Dengarkan lagu Entahkan Ramadan Terakhir Kali di semua platform penstriman muzik yang sah.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago