Connect with us

Berita

“Bila dengar balik, saya nangis…” – Khai Bahar Sebak, Lagu Rabiatul Adawiyah Kegemaran Arwah Mak

Diterbitkan

pada

Rabiatul Adawiyah 2024 - Inteam Khai Bahar

Selepas 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24).

“Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam ‘remake’ lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam” Ujar Syah Inteam apabila ditanya kenapa memilih Khai Bahar untuk berduet dalam lagu Rabiatul Adawiyah 2024.

Ini lagu favourite arwah mak” – Khai Bahar

Apabila ditanya kepada Khai Bahar pula, mengapa beliau bersetuju berkolaborasi dengan Inteam untuk lagu ini, beliau menjawab:

“Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara ‘cover’ di media sosial.”

Tambah Khai lagi, lagu ini menjadi sangat sentimental buat beliau kerana apabila mendengar kembali lagu Rabiatul Adawiyah ini, ia mengingatkan Khai kepada arwah ibunya; Rosnah Muhammad yang amat meminati lagu-lagu dari kumpulan Inteam.

“Terharu. Bila dengar balik, saya nangis sebab saya teringat arwah mak saya. Ini lagu favourite dia. Lagu-lagu Inteam memang lagu favourite arwah mak. So, bila dengar, jadi touching. Saya suka intro muzik awal tu. Bunyi seruling. First dengar, memang syahdu,” ulas Khai.

Menurut salah seorang tim produksi studio, Khai juga dikatakan sangat tersentuh sewaktu merakamkan vokal bagi lagu ini.

“Masa dia (Khai) masuk studio, dia ada beritahu yang dia sangat sedih apabila menyanyikan lagu ini.

“Banyak kali dia menahan sebak dan hampir menangis. Tapi, kami (yang ada di studio) cuba tenteramkan dia, ceriakan dia supaya dia dapat fokus. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan hasilnya kita dapat rasa ‘feel‘ yang diberikan oleh Khai dalam lagu Rabiatul Adawiyah 2024 ini.”

Susunan Muzik Lebih Segar Dari Chaan

Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001. Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.

“Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya dan akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya” jelas Hazamin menceritakan tentang maksud lagu ini.

“Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini. Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri”

Ujar Rahim Inteam menjelaskan mengenai kelainan yang cuba ditampilkan di dalam lagu Rabiatul Adawiyah versi 2024 ini.

Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam menjawab:

“Sebenarnya sejak sebelum pandemik, kami telah menghasilkan lebih 10 lagu baru seperti Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain, cuma sudah menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana.

Lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu.”

Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Kritikal Di Hospital, In-Heart Mohon Peminat Doakan Razman

Diterbitkan

pada

Razman Shah, salah seorang anggota kumpulan nasyid popular In-Heart, kini berada dalam keadaan kritikal akibat masalah jantung dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Difahamkan, Razman berada dalam keadaan kritikal dan beliau kini di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan. Isterinya setia berada di sisi beliau, menguruskan segala keperluan sepanjang tempoh rawatan.

Mohd Hafiz, salah seorang anggota kumpulan In-Heart, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Razman.

“Saya memohon jasa baik anda semua untuk mendoakan kesejahteraan beliau. Semoga diangkat segala kesakitan yang dialaminya ketika ini,” ujar Mohd Hafiz.

Kumpulan In-Heart terdiri daripada lima anggota iaitu Mohd Firdaus, Khairul Rizam, Razman Shah, Mohd Hafiz dan Mohd Khairi. Mereka pernah menyertai program realiti TV Akademi Nasyid dan tampil dengan album sulung berjudul Sakura.

Berita mengenai keadaan Razman mengejutkan ramai pihak, dan peminat tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat serta doa agar beliau segera pulih.

Sama-sama kita doakan semoga Razman Shah diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Continue Reading

Berita

Lebih 800k Tontonan, Lagu ‘Perjalanan’ Putra Aiman dan Haikal Iman Semakin Popular!

Diterbitkan

pada

Lagu ‘Perjalanan’ yang dinyanyikan oleh penyanyi muda berbakat besar, Putra Aiman dan Haikal Iman, telah mencuri perhatian ramai pendengar muzik tanah air.

Sejak dilancarkan tiga bulan lalu, video muzik lagu ini di platform YouTube telah mencapai jumlah tontonan yang membanggakan, iaitu melebihi 800,000 tontonan.

Lagu “Perjalanan” ini merupakan ciptaan komposer terkenal, Munif Hijjaz, dengan lirik yang ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Ia bergenre nasyid dan menampilkan melodi yang indah serta lirik yang menyentuh hati. Lagu ini mengisahkan tentang perjalanan hidup manusia yang penuh dengan ujian dan cabaran, namun tetap perlu diteruskan dengan sabar dan tawakal.

Pencapaian ini membuktikan bahawa lagu ‘Perjalanan’ diterima baik oleh masyarakat. Rata-rata pendengar memberikan komen positif dan memuji vokal Putra Aiman dan Haikal Iman yang merdu serta penghayatan mereka dalam menyampaikan lirik lagu tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan oleh penonton di YouTube adalah:

  • “Lagu ini sangat menyentuh hati. Liriknya sangat mendalam dan membuat saya merenung tentang kehidupan.”
  • “Vokal Putra Aiman dan Haikal Iman sangat merdu. Saya suka mendengar lagu ini berulang-ulang kali.”
  • “Saya rasa terinspirasi setelah mendengar lagu ini. Ia memberikan saya semangat untuk terus menjalani kehidupan ini dengan tabah.”
  • “Lagu ini sangat sesuai didengar ketika sedang bersantai atau dalam perjalanan jauh.”
  • “Saya harap Putra Aiman dan Haikal Iman terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti seperti ini.”

Kejayaan lagu “Perjalanan” ini diharap dapat menjadi batu loncatan buat Putra Aiman dan Haikal Iman untuk terus mewarnai industri nasyid tanahair dengan lagu-lagu berkualiti seperti ini. Tahniah diucapkan kepada Putra Aiman dan Haikal Iman.

Continue Reading

Berita

Tergamak Halim Ahmad ‘cover’ Lagu Nadeera Bukan Lagi Kita!

Diterbitkan

pada

Halim Ahmad. Sumber: Facebook Halim Ahmad.

Mulanya, Halim hanya menyampaikan secara santai lagu sohor kini ‘Bukan Lagi Kita’ dalam kereta. Alih-alih, ramai pula peminat yang minta Halim nyanyi versi gitar.

Mengenali Halim, beliau tidak akan menghampakan perasaan peminat. Hasilnya, memang sedap! Ramai yang memuji nyanyian beliau dalam cover lagu “Bukan Lagi Kita”.

Halim Ahmad menyampaikan lagu yang penuh emosi ini dengan cara yang tersendiri. Tidak hairanlah ramai yang tertarik dengan versi cover beliau.

Lagu Bukan Lagi Kita memang popular dan sohor kini kerana menjadi runut bunyi untuk drama yang sedang popular, “Curang Tanpa Niat”.

Malah, lagu ini juga semakin mendapat perhatian setelah lagu ini turut di’cover’ oleh Biduanita Negara Dato Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Bukan Lagi Kita bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang akan berlangsung pada 16 Februari 2025 di TV3.

Tahniah kepada Halim kerana menyampaikan lagu ini dengan ‘vibes’ tergamaknya sedap! Nak tonton lagu cover Bukan Lagi Kita oleh Halim Ahmad? Layari akaun Tiktok Halim disini: @halim.ahmad

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment