Categories: BeritaTempatan

Bincang Niaga Meriah Raya – Rancakkan Ekonomi Usahawan Tempatan Sempena Syawal

TV AlHijrah dengan bangganya mempersembahkan Bincang Niaga Meriah Raya, sebuah program pengiklanan mampu milik yang bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan Muslim tempatan memperkenalkan perniagaan mereka kepada khalayak lebih luas.

Program pengiklanan ini disiarkan secara langsung dari Studio TV AlHijrah bermula 16 April 2025 hingga 16 Mei 2025, dan memberi tumpuan kepada pelbagai industri termasuk fesyen Muslimah, makanan halal, produk kesihatan dan kecantikan, pelancongan, teknologi, perkhidmatan digital serta perkhidmatan berkaitan industri umrah dan haji.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperluas sokongan kepada pelbagai sektor keusahawanan, Bincang Niaga Meriah Raya tahun ini turut memberi tumpuan kepada usahawan yang terlibat dalam industri umrah.

TV AlHijrah berhasrat untuk membantu mereka mempromosikan perkhidmatan dan produk berkaitan umrah kepada khalayak yang lebih luas, selaras dengan misi kami untuk memperkasakan ekonomi ummah melalui penyiaran yang beretika dan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Bincang Niaga Meriah Raya merupakan platform pengiklanan yang membantu usahawan mempromosikan jenama dan produk mereka dalam bentuk yang lebih berstruktur dan berkesan.

Program ini dirangka dengan dua pendekatan strategik, iaitu penawaran pakej pengiklanan bernilai tinggi pada harga berpatutan, serta pelaksanaan kempen berasaskan acara dan program lapangan yang diperkasa menerusi siaran khas di televisyen.

Kandungan program pula memberi tumpuan kepada perbincangan isu-isu semasa dalam dunia perniagaan, cabaran ekonomi, serta kisah kejayaan usahawan yang disampaikan oleh tokoh industri dan pakar profesional, sekali gus menjadikannya platform berinformasi dan berinspirasi kepada khalayak.

Ketua Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek, berkata bahawa pelancaran program ini adalah sebahagian daripada usaha TV AlHijrah untuk memberi sokongan kepada pembangunan ekonomi ummah melalui penyiaran.

“Bincang Niaga Meriah Raya adalah inisiatif kami untuk menyediakan platform pengiklanan yang berpatutan bagi usahawan tempatan. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan produk mereka, tetapi juga untuk menyemarakkan semangat keusahawanan di kalangan penonton kami.

“Sembilan tahun berturut-turut kami bawakan Program Bincang Niaga, bukan kerana ia sekadar tradisi, tetapi kerana kami percaya pada keberkesanannya. Ia bukan semata-mata ruang pengiklanan, program ini adalah usaha berterusan TV AlHijrah untuk membina jaringan sokongan kepada usahawan Muslim dan mendidik penonton agar lebih menghargai produk tempatan yang berkualiti.

“Kami percaya bahawa televisyen bukan sekadar ilmu dan hiburan bermatlamat, tetapi juga medan untuk memacu perubahan dan pembangunan masyarakat. Bincang Niaga Meriah Raya adalah platform untuk mengetengahkan kisah usahawan Muslim yang berjaya, sekali gus menyemarakkan semangat keusahawanan di kalangan penonton kami.

“Program ini telah membuka ruang kepada usahawan mikro dan kecil memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas, serta memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menyokong produk tempatan.

“Kami mahu menjadi jambatan yang menyatukan pemain industri dengan masyarakat, agar wujud ekosistem perniagaan yang bukan sahaja kompetitif tetapi juga penuh dengan nilai kemanusiaan dan ketuhanan,” ujar beliau.

“Saya percaya rezeki yang berkat datang daripada niat yang betul dan usaha yang jujur. Saya berterima kasih kepada platform Bincang Niaga yang memberi peluang kepada kami untuk memperkenalkan produk kami secara meluas di kaca televisyen. Secara tidak langsung saya berjaya meraih kepercayaan dan keyakinan penonton untuk untuk mendapatkan produk kami,” kata Dilla Puzi, Pengasas produk herba Nurrifa.

Program ini bukan sekadar inisiatif bermusim, sebaliknya merupakan sebahagian daripada pelan strategik TV AlHijrah untuk membina ekosistem keusahawanan Muslim yang mampan. Inisiatif ini juga memperkukuh komitmen TV AlHijrah dalam menyediakan sokongan berterusan melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi penyiaran, pendidikan keusahawanan, dan platform digital interaktif untuk pemerkasaan ummah.

Dengan pendekatan hiburan, ilmu, dan nilai keislaman, TV AlHijrah komited untuk memperkasa usahawan Muslim tempatan dan mendorong ke arah ekonomi ummah yang progresif dan berdaya saing.

Penonton juga boleh mengikuti rancangan-rancangan ini melalui saluran TV AlHijrah, platform media sosial rasmi, serta portal AlHijrah Online. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://tvalhijrah.com/bincangniaga.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago