Categories: BeritaTempatan

Terima 15 Kenderaan Baharu – Bukti Komitmen TV AlHijrah Tambah Baik Keupayaan Operasi

TV AlHijrah hari ini melakar satu lagi langkah penting dalam usaha menambah baik keupayaan operasinya dengan pelancaran rasmi 15 buah kenderaan baharu dalam Majlis Pelepasan Kenderaan TV AlHijrah yang disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis yang berlangsung di ibu pejabat TV AlHijrah ini turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Tuan Haji Namanzee Harris, barisan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) TV AlHijrah, Pengarah JAWI dan kakitangan TV AlHijrah.

Penggantian kenderaan ini merupakan langkah penting dalam usaha penstrukturan semula kenderaan operasi TV AlHijrah yang telah digunakan sejak penubuhan stesen hampir 14 tahun lalu. Kenderaan lama yang semakin uzur menyukarkan tugasan luar, terutamanya dari segi pergerakan dan sokongan teknikal.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Namanzee Harris menegaskan bahawa inisiatif ini melangkaui aspek logistik semata-mata. Ia mencerminkan komitmen baharu TV AlHijrah untuk terus unggul sebagai penyiar Islam yang berwibawa dan kompetitif dalam landskap penyiaran semasa.

“Kenderaan-kenderaan ini bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi simbol kepada semangat baharu TV AlHijrah dalam memacu operasi dengan lebih efisien, profesional dan berdaya saing.

“Transformasi fizikal ini perlu seiring dengan transformasi nilai dan penyampaian. Saya percaya TV AlHijrah berada di landasan yang betul dalam menyokong agenda negara sebagai peneraju penyiaran Islam yang progresif,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, langkah ini seiring dengan usaha penjenamaan TV AlHijrah yang kini memberi fokus kepada nilai profesionalisme, inovasi dan penyampaian maklumat Islam yang progresif serta mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat.

Kenderaan-kenderaan ini akan digunakan oleh pelbagai jabatan penting dalam TV AlHijrah termasuk Jabatan Berita dan Editorial, Jabatan Kandungan, serta Unit Teknikal, yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam menyampaikan kandungan berkualiti tinggi ke seluruh pelosok negara.

Selain menyokong keperluan tugasan harian, kenderaan-kenderaan ini juga akan dimanfaatkan secara optimum dalam pelaksanaan program-program turun padang tanggungjawab sosial korporat (CSR) TV AlHijrah di bawah inisiatif Hijrah Prihatin, termasuk misi kemanusiaan, bantuan bencana, serta inisiatif kemasyarakatan yang menjangkau terus ke akar umbi masyarakat.

Dengan pelancaran ini, TV AlHijrah berharap dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka panjang serta meningkatkan kecekapan kerja luar, khususnya dalam tempoh penting seperti Ramadan, Syawal dan musim bencana.

Kesemua kenderaan baharu ini turut menampilkan identiti visual korporat terkini yang lebih segar, moden dan selari dengan aspirasi stesen sebagai sebuah entiti penyiaran Islam yang berwibawa, responsif dan dipercayai.

Majlis hari ini juga memperlihatkan semangat kebersamaan seluruh warga TV AlHijrah dalam mendokong misi untuk menjadi model penyiaran Islam unggul, bukan sahaja di Malaysia malah di persada dunia Islam.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago