Categories: BeritaTempatan

“Borak Dulu Baru Buka” Kembali Tahun Ini, Tetapi Mana Khir Rahman?

Program bual bicara santai kegemaran ramai, Borak Dulu Baru Buka, kembali menghangatkan kaca televisyen sepanjang Ramadan ini di TV1.

Lebih istimewa, tahun ini rancangan tersebut bersiaran lebih awal berbanding kebiasaannya, bermula hari ini, Selasa, 25 Februari 2025, pada jam 6.45 petang.

Mana Khir Rahman?

Menampilkan gandingan hos popular Amin Idris dan Wany Hasrita serta penampilan istimewa Atu Zero dalam video montajnya.

Ketiadaan nama pelakon dan pengarah terkenal, Khir Rahman bagaimanapun menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat setia program bicara santai ini.

Umum mengetahui gandingan serasi Amin Idris, Wany Hasrita dan Khir Rahman dalam mengemudi program bual bicara popular ini merupakan antara formula kejayaan program ini.

Status yang dimuatnaik pengacara Amin Idris juga menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat program ini.

Sehingga kini, pihak produksi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Apa pun, dengan kehadiran Atu Zero sebagai ‘penampilan istimewa’, Borak Dulu Baru Buka dijangka terus menceriakan petang Ramadan dengan perkongsian bermakna dan hiburan santai untuk semua.

Seperti musim sebelumnya, Borak Dulu Baru Buka bukan sekadar rancangan bual bicara biasa, tetapi turut menyajikan perkongsian inspirasi, kupasan isu semasa, serta gelak tawa yang menceriakan penonton di rumah.

Dengan konsep lebih segar dan pengisian menarik, rancangan ini dijangka terus menjadi pilihan utama peminat televisyen sepanjang Ramadan ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya setiap hari pada jam 6.45 petang hanya di TV1!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago