Categories: BeritaTempatanTerkini

“Setiap tahun ada lagu Ramadan…” – Tahun Ini Munif Hijjaz Muncul Dengan Mubarak Ramadan

Maestro nasyid Malaysia, Munif Hijjaz kembali dengan single terbarunya berjudul Mubarak Ramadan.

Mubarak Ramadan merupakan sebuah lagu yang membawa mesej mendalam tentang kepentingan untuk kita berusaha meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadan dan tidak membiarkan Ramadan berlalu begitu sahaja.

Lagu ini merupakan single kelima bersempena Ramadan yang diterbitkan di bawah Munif Hijjaz Production, selepas kejayaan empat lagu sebelumnya iaitu Ramadan Kareem (2021), Mentari Ramadan (2022), Ramadan Tiba Lagi (2023), dan Amalan Ramadan (2024).

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, lagu kali ini dihasilkan tanpa sebarang tajaan, namun tetap berjaya direalisasikan dengan sebaik mungkin oleh Munif.

“Memandangkan tiada tajaan diterima untuk menyiapkan single Ramadan tahun ini, dengan apa yang terdaya alhamdulillah dapat juga disiapkan walaupun tak seperti single Ramadan tahun sebelumnya,” ujar Munif.

“Apa yang menjadi keutamaan saya setiap kali menjelangnya Ramadan, saya cuba yang terbaik untuk memeriahkan juga suasana Ramadan dengan lahirnya lagu yang sesuai dengan bulan istimewa ini.”

Dicipta oleh Munif Hijjaz sendiri dengan lirik nukilan ITO Lara, Mubarak Ramadan membawa mesej yang mengajak umat Islam untuk menghargai keberkatan Ramadan dengan memperbanyakkan amal soleh dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.

“Saya berharap para peminat nasyid serta pendengar hiburan tanah air mendapat manfaat daripada lagu ini. Jika anda rasa lagu ini bermakna, kongsikanlah kepada orang lain agar lebih ramai dapat menikmatinya dan sama-sama menghayati mesej yang disampaikan,” tambah Munif lagi.

Bagi mereka yang ingin menghayati keindahan melodi dan lirik Mubarak Ramadan, lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform digital. Jangan lupa untuk menambahkannya ke dalam senarai main Ramadan anda dan sebarkan mesejnya kepada lebih ramai pendengar!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago