Categories: BeritaTempatan

Cabaran Makanan, Fear Factor Rujuk JAKIM

Setelah kejayaan yang memberangsangkan pada musim pertama, kini Fear Factor Malaysia Musim Ke-2 akan mula menemui peminat pada hari ini, Sabtu, 15 Februari 2014.

Rancangan yang disiarkan di saluran Astro Ria ini akan bersiaran setiap hari Sabtu dan memaparkan pelbagai cabaran yang bakal menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Menariknya, pada musim ini Fear Factor Malaysia akan memperkenalkan cabaran makanan pelik kepada para peserta Fear Factor Malaysia buat kali pertama.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad sewaktu majlis memperkenalkan barisan peserta Fear Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Bata, Petaling Jaya.

Menurut Encik Raqim lagi, pihak Fear Factor Malaysia turut mengambil langkah berhati-hati dalam mengendalikan cabaran makanan pelik ini dan mereka telah merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk status makanan dalam cabaran tersebut.

“Ini pertama kali cabaran makanan diadakan. Untuk elakkan daripada berlaku sebarang isu atau kontroversi mengenai status makanan tersebut, kami telah membuat beberapa senarai makanan untuk dirujuk kepada JAKIM sebelum cabaran tersebut diberikan kepada peserta.” ujar Encik Raqim.

“Pihak kami menjalinkan kerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cabaran makanan itu adalah halal. Jadi penonton tidak perlu berasa khuatir dengan status makanan pelik yang bakal dihidangkan dalam cabaran itu nanti.”

Selain itu, beliau turut memaklumkan yang cabaran-cabaran dalam Fear factor musim kedua ini lebih sukar dan mengujakan berbanding musim pertama.

“Tidak dinafikan cabaran mereka lebih sukar. Namun semangat dan kerjasama diantara selebriti dan pasangan mereka adalah terbaik dan sejujurnya saya sendiri tidak sabar untuk mengikuti perjalanan mereka,” ujarnya.

Rancangan Fear Factor Malaysia Musim Kedua akan dihoskan oleh Aaron Aziz dan akan bersiaran setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di saluran 104 Astro Ria dan saluran 135 Astro Maya HD.

– Munsyeed Dot Com

Admin: Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah.

[signoff predefined=”Movie Review Signoff” icon=”icon-attach”]Sumber gambar dan berita: Astro Gempak. [/signoff]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago