Categories: BeritaTempatan

Fakhrul UNIC Sangkal Dakwaan Kahwin Dua

Kami terkejut apabila membaca status Facebook yang dikemaskini oleh Fakhrul UNIC baru-baru ini. Menerusi status tersebut, Fakhrul telah membuat penafian terhadap satu fitnah yang mengatakan beliau telah kahwin dua.

Enggan terpalit dengan fitnah tersebut, Fakhrul telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau telah menikah buat kali kedua.

Fakhrul UNIC Nafi Kahwin Dua.

Dalam status tersebut juga, Fakhrul turut menyatakan yang beliau tidak kenal langsung dengan wanita yang mengaku dirinya sebagai isteri kedua Fakhrul.

Tidak cukup setakat itu, Fakhrul turut bersumpah dengan nama Allah bahawa berita beliau kahwin dua adalah tidak benar sama sekali.

Berikut, kami kongsikan teks penuh status kemaskini Facebook Fakhrul yang menafikan berita fitnah tersebut.

Salam sahabat-sahabat.

Kalau di luar sana ada dengar-dengar cerita orang duk mengaku dia isteri kedua saya, saya harap jangan percaya dan terima bulat-bulat. Siasat dan selidik dulu (kerana) itu adalah fitnah.

Bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi nak tampil nyatakan kebenaran. Sejujurnya saya tidak kenal pun hamba Allah ini. InsyaAllah, saya cuba cari penyelesaian terbaik.

Bagi yang duk mesej dan sebar-sebarkan cerita (fitnah) itu, hentikanlah. Wallahi, saya mengaku itu tidak benar sama sekali.”

Berdasarkan rekod, ini merupakan kali pertama Fakhrul dikaitkan dengan kontroversi buruk sepanjang karier beliau sebagai ahli kumpulan UNIC.

Tidak keterlaluan jika kami sifatkan fitnah ini merupakan satu ujian yang sering dialami oleh artis dan personalti popular dalam dunia hiburan. Malah, vlogger tersohor, Mat Luthfi sendiri pernah terpalit dengan fitnah rekaan peminat beliau yang mengaku Mat Luthfi sebagai suaminya.

Mungkin sifat fanatik telah membawa segelintir peminat ke alam fantasi sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang batil.

Pun begitu, kami kagum dengan sikap berhemah Fakhrul dalam menghadapi ujian ini. Beliau segera tampil membuat pengakuan dan penjelasan mengenai perkara ini dan tidak membiarkan fitnah ini berpanjangan.

Kepada Fakhrul, kami berharap agar beliau sekeluarga sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dunia ini. Semoga ia menguatkan lagi kasih sayang diantara Fakhrul dan isteri. Amin Ya Rabb.

– Munsyeed Dot Com

Admin: Suka tengok gambar anak-anak Fakhrul di Instagram beliau. Fakhrul seorang ayah yang penyayang.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago