Fitri Muslimah Rilis Single Ketiga Berjudul Everything

Pernah dengar lagu Muslimah? Jika pernah, tahukah anda yang lagu ini pernah dinyanyikan oleh dua orang artis berbeza untuk 2 versi berbeza. Kalau di Malaysia, lagu ini dinyanyikan oleh Nazrey Johani, bekas vokalis kumpulan Raihan. Di Indonesia pula, lagu ini telah awal dinyanyikan oleh seorang artis religi yang ayu, Fitri Widjayanti.

Lagu popular ini telah mengangkat karier seni Fitri sehinggakan beliau lebih dikenali sebagai Fitri Muslimah dikalangan peminat-peminat di Indonesia.

Selepas kejayaan lagu hits Muslimah, Fitri semakin giat berusaha keras bagi memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat setianya. Terbaru, beliau muncul dengan single ketiga yang diberi judul Everything, yang turut menampilkan Issy sebagai rapper jemputan.

Single Everything

“Lagu Everything diproduksi sebetulnya sudah sejak awal tahun 2012 akan tetapi baru saya rilis 8 Februari 2014 kemarin bekerja sama dengan MQFM Bdg. Tertunda karena saya menikah kemudian hamil dan melahirkan (anak).” ujar Fitri dalam satu sesi temubual bersama wartawan Munsyeed.

Menurut Fitri lagi, beliau bersyukur kerana ditemukan dengan komposer dan musician hebat yang banyak membantu dalam pembikinan single ketiga beliau ini.

“Komposer lagu ini adalah Yandi Bronsu. Beliau ini komposer beberapa musisi cukup dikenali di Indonesia. Beliau juga adalah salah seorang ahli band “brownsugar” beraliran pop RnB. Lirik pula ditulis oleh Issy.”

Idea Berduet Dengan Issy

Ketika ditanya bagaimana boleh timbul idea untuk berduet dengan Issy, Fitri memberitahu, “Saya bertemu dengan Issy akhir tahun 2011. Dia merupakan penggemar lagu muslimah. Dia melihat lagu muslimah melalui Youtube lalu Issy berusaha menemui saya dengan niat baik untuk menawarkan lagu yang diciptakannya yaitu ‘everything’ ini untuk saya nyanyikan.”

“Akhirnya kami bertemu dan berdiskusi tentang lagu ini. Setelah saya mendengar lagunya, saya fikir bagus sekali saya masukan unsur Rap dan Issy yang membawakannya karena Issy juga merupakan seorang Rapper. Alhamdulillah semua berjalan lancar sehingga sekarang.”

Dato’ Siti Nurhaliza Menyenangi Vokal Fitri

“Hmm,, jika Allah menghendaki, dalam hati punya keinginan berkolaborasi dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Alhamdulillah beliau sudah mendengar saya bernyanyi dalam satu kesempatan 1 tahun lalu, saat saya bernyanyi di launching (perasmian) butik Dian Pelangi Malaysia. Saya terharu pada ketika itu (apabila) Dato’ Siti mengatakan yang beliau menyenangi karakter suara Fitri. Semoga suatu hari nanti, kami dapat berduet bersama.” kata Fitri.

Ucapan Buat Peminat

“Harapan saya agar musik nasyid bisa lebih memasyarakat lagi, lebih diminati lagi oleh umat Islam khususnya atau bahkan semua orang pada umumnya. Pesan saya kepada seluruh peminat untuk terus mendukung para munsyeed juga karya-karyanya dengan mengajak teman juga keluarganya mendengarkan syair-syair indah Islam.” ucap Fitri sebelum mengakhiri temubual.

Tahniah diucapkan kepada Fitri diatas kemunculan single ketiga berjudul Everything. Semoga terus sukses!

[alert variation=”alert-info”]Ikuti perkembangan terkini Fitri Muslimah di Twitter & Instagram.[/alert]

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago