Categories: BeritaTempatan

Tarik 9,000 Penonton, Konsert Zikir Hafiz Berjaya

1 Februari lalu, telah berlangsung Konsert Zikir Terapi Diri yang menampilkan beberapa orang artis terkemuka tanahair. Dibarisi oleh Halim Ahmad (DEVO), Daqmie, PU Rahmat, Heliza Helmi dan Imam Muda Asyraf, Konsert Zikir Terapi ini diterajui oleh Hafiz Hamidun sebagai artis utama yang menjadi tumpuan penonton pada malam itu.

Berlangsung di Spice Arena (PISA), Pulau Pinang, Konsert Zikir Terapi Diri ini berjaya menarik hampir 9,000 penonton untuk hadir menonton konsert spiritual ini.

Sambutan luar biasa yang diberikan oleh para penonton Pulau Pinang merupakan sesuatu diluar jangkaan. Ini kerana pada malam yang sama ada beberapa lagi program besar yang turut menampilkan selebriti-selebriti popular tanah air. Ia jelas membuktikan yang konsert anjuran Arteffects International ini mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga mampu menambat penonton di dalam persembahan Live selama lebih 2 jam.

Berdasarkan info yang kami terima dari pembaca-pembaca Munsyeed di Pulau Pinang, rata-rata berpuas hati dengan persembahan-persembahan yang disampaikan oleh artis-artis yang terlibat pada malam tersebut.

Berikut kami kongsikan beberapa komen yang sempat kami kumpulkan pada malam konsert tersebut.

“Secara keseluruhan, semua artis menyampaikan persembahan dengan baik. Saya suka penghayatan yang diberikan oleh Hafiz dan Daqmie pada malam ini. Cuma Halim agak kepenatan. Dengar cerita, dia baru sampai dari Korea.”

“Tersentuh dengan perkongsian PU Rahmat mengenai sirah Nabi S.A.W.”

“Ini kali pertama saya datang ke konsert Islamik yang grand macam ini. Tahniah Hafiz Hamidun.”

Persembahan Live ini telah diketuai oleh Pengarah Muzik terkenal, Lok U bersama para pemuzik profesional tanah air seperti Mohar (Seruling), Kelly (Bass) dan Aji (Gitar).

Jom kita tengok foto-foto yang telah dikirimkan kepada kami oleh pihak Arteffects International.

[carousel arrows=”display” buttons=”display” caption=”display”]
[panel description=”Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz”][/panel]
[panel description=”Hati mana yang tidak tersentuh”][/panel]
[panel description=”Pencetus Ummah Rahmat”][/panel]
[panel description=”Daqmie”][/panel]
[panel description=”Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz”][/panel]

[panel description=”Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz”] [/panel]
[panel description=”Heliza Helmi turut memberikan kejutan dengan persembahan Beat Box santai bersama adiknya”][/panel]
[/carousel]

Kepada mereka yang tidak sempat menyaksikan konsert tersebut, pihak Arteffects International akan menyiarkan rakaman konsert tersebut secara eksklusif di saluran YouTube Arteffects International sekitar Mac 2014 nanti.

Tim editorial Munsyeed Dot Com mengucapkan tahniah kepada Hafiz Hamidun melalui syarikatnya, Arteffects International, staff-staff Arteffects International, para penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan Konsert Zikir Terapi Diri tersebut.

– Munsyeed Dot Com

[signoff predefined=”Penafian” icon=”icon-picture”]Sumber gambar: KN’z Gambografi[/signoff]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago