Berita

Caller Ringtones Maher Zain One Sedia Dimuat Turun Peminat di Malaysia.

Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk para peminat Maher Zain mula menikmati buah tangan terbaru daripada penyanyi yang berasal dari Sweden ini. Sehingga hari ini para peminat sudah diperdengarkan dengan 3 buah lagu dari album One; The Power, Medina dan juga Peace Be Upon You. Walaupun saluran utama hebahan Maher Zain di Facebook masih mengalami sekatan, hal ini sedikit pun tidak menghalang 3 karya tersebut dari menerima sambutan yang hangat dikalangan peminat di seluruh dunia.

Sama seperti dua buah album Maher Zain yang terdahulu, album One juga turut hadir bersama nada dering pemanggil daripada syarikat telekomunikasi tempatan. Sekiranya anda seorang ‘kipas susah mati’ Maher Zain seperti kami, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan nada dering pemanggil untuk album terbaru beliau sepantas yang mungkin!

Dah bersedia dengan telefon pintar anda di tangan? Bagus! Berikut adalah senarai kod langganan nada dering pemanggil untuk keseluruhan album Maher Zain One.

Caller Ringtones Maher Zain One

Bagi pengguna rangkaian telekomunikasi Digi, anda juga boleh melanggan nada dering pemanggil dengan lebih mudah menerusi carian kata kunci “Maher Zain” pada aplikasi khas CallerTunes.

One merupakan album penuh ketiga daripada Maher Zain yang juga merupakan artis di bawah naungan syarikat rakaman Awakening Records. Album ini mengambil masa selama empat tahun pembikinan, lebih lama berbanding album sebelumnya akibat kesibukan Maher sendiri yang turut terlibat secara aktif dalam proses penerbitan album untuk rakan-rakan artis naungan Awakening Records yang lain seperti Raef, Harris J dan ramai lagi disamping beberapa faktor lain.

Album One akan memasuki pasaran mulai 6 Jun 2016 termasuk di platform digital. Selain pembelian di kedai-kedai muzik, anda juga boleh membuat tempahan awal di laman Inteam Mobile dan menjadi antara yang terawal memiliki album terbaru Maher Zain.

Senarai nada dering pemanggil bagi penyedia rangkaian telekomunikasi yang lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kemaskini: Senarai nada dering pemanggil untuk pengguna Celcom dan UMobile sudah dikemaskini.

– Munsyeed

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago