International

Humood Alkhudher Tampilkan Nyanyian Bersahaja Dalam Kun Anta Versi Baharu

Humood Alkhudher nyanyi lagu dalam versi Bahasa? Wah! Pasti ramai peminat penyanyi kacak dari Kuwait ini yang akan teruja mendengar khabar ini.

Jika sebelum ini ramai peminat yang berkerut dahi untuk cuba memahami lirik lagu “Kun Anta”, kini mereka boleh menarik nafas lega apabila Awakening Records dengan kerjasama Alfa Records dan Musik Positif tampil menerbitkan lagu “Jadi Diri Sendiri”, sebuah lagu terjemahan “Kun Anta” yang disampaikan sendiri oleh penyanyi asalnya, Humood Alkhudher.

Ya! Percaya atau tidak, Humood kedengaran amat selesa dan tidak kekok menyanyikan lagu tersebut di dalam bahasa Indonesia. Untuk versi terjemahan ini, lirik “Jadi Diri Sendiri” ditulis oleh pengasas Alfa Records iaitu Ade Alfian bersama Haikal Husein dan Andri Daulay.

Walau bagaimanapun lagu “Jadi Diri Sendiri” hanya diterbitkan untuk pasaran Indonesia dan belum diketahui sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia atau pun tidak. Sementara itu, para peminat di Malaysia boleh mendengar terlebih dahulu lagu tersebut di bawah yang telah dimuat naik di saluran rasmi YouTube Alfa Records.

 

Lirik “Jadi Diri Sendiri”

Ingin diriku jadi seperti mereka
Agar aku berharga bisa berbangga
Dulu ku sangka ku kan dapatkan semuanya
Kiranya aku salah ternyata salah

Bukan kau tak perlu harta
Untuk jadi sempurna
Permata indah hanya di dalam jiwa

Bukan bukan karena harta
Kau kan jadi berharga
Hati yang mulia itulah kuncinya

Oh..wo oh…Oh..wo oh..
Jadilah diri sendiri
Oh..wo oh…Oh..wo oh..
Kun anta tazdad jamala
La la la la la

Ku bahagia bukan menjadi dirinya
Tapi apa adanya
Hanya adanya

Kini ku jadi
Jadi diriku sendiri
Ku rasa ini happy
Ya itu pasti

Jadi diriku semampuku
Bukan jadi dirinya
Jadi diriku inilah aku
Tidak karena dirinya

 

– Munsyeed

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago