Pena Mooja: Catatan Dari Bumi Bosnia

6am
Sarajevo…

Bismillah. Dengan nama Allah yang mengizinkan saya tinggal di Bosnia lebih 10 hari bagi penggambaran program Ramadhan TV Alhijrah Ayat Riwayat. Nak mula di mana pun tak pasti. Bosnia Herzegovina ni satu negara yang kalau semua orang tahu betapa cantik dan unik alam semulajadinya dan begitu ia kaya dengan sumber mineral dah pasti lebih ramai yang mengadap website airline untuk ‘cekidout’ penerbangan ke sini.
Ramai juga yang dari Malaysia yang akan merancang untuk memenuhkan hotel-hotel dan memakmurkan taman-taman indah yang mengalir sungai-sungai jernih dan meruntun jiwa. Wah bahasa dah mula berbunga.. Yelah,  mana taknya,  dari tingkat 5 hotel Hollywood di Ilidza (disebut ilija) dan sebelum berangkat ke Rome, Itali sekejap lagi, hati sudah mula sayu, untuk meninggalkan Bosnia yang tidak kenal erti mundur mahupun dendam dan terus ‘struggle’ untuk bangkit semula sesudah ‘genocide 92-95’. Umat Islam di sini sangat kuat dan positif dan mereka mahu melihat serta membina kehidupan yang baik.

Ok untuk kali ini saya cuba pendekkan cerita tentang Bosnia dengan cara saya pointkan 20 info yang mungkin baru bagi anda. Amacam, sounds good? Yallah biina.. kemudian beberapa gambar untuk ia mengkisahkan sendiri detik kami di sini.

Ok jom mula.. Tahukah kamu:

  • Bosnia telah maju dan sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan ‘all year round’ di sepanjang 4 musimnya.
  • Bosnia pernah menjadi tuan rumah sukan Olimpik 1984.
  • Bosnia walaupun bukan negara Islam ia adalah negara majoriti umat Islam dan ia adalah sebab utama pembunuhan beramai-ramai tahun 1992-95.
  • Bosnia terletak di kawasan Balkan dan Bal dalam bahasa Turki bermaksud Madu dan Kan bermaksud Darah. Kawasan ini dalam sejarah tidak pernah sepi dari peperangan direbut kuasa besar kerana kaya dengan sumber galian dan keindahannya.
  • Sarajevo adalah ibu negara Bosnia.
  • Majoriti di bandar boleh berbahasa Inggeris

Bersama tim penerbitan Ayat Riwayat di Castle Pociteji (selfie).
Pemandangan di sungai Buna di Balagaj.
Jambatan lama Mostar dengan air sungai Neretva yang jernih menghijau.

  • Sejarah Bosnia sangat rapat dengan Islam kerana mereka terima Islam pada tahun 1463 masihi.
  • Bandar Sarajevo itu sendiri dimajukan oleh ketua tentera Uthmaniyyah dan dibina banyak keperluan asas kepada rakyat secara percuma termasuk air bersih percuma (Sabijl) dan tandas awam selain penginapan para pedagang (karavansarai) , madrasah dan Bazaar.
  • Orang Bosnia majoriti beragama kristian Bogumil sewaktu kedatangan Islam. Kristian Bogumil kini sudah tiada kerana hampir semuanya masuk Islam secara rela ketika Islam datang.
  • Kristian Bogumil dianggap sesat oleh gereja katolik dan mereka mahu memusnahkan penganut bogumil, bila dilihat secara dekat dikatakan bogumil memang lebih mirip dengan Islam.
  • Sultan Muhammad al Fateh walaubagaimanapun ketika membuka Bosnia dengan kekuatan tentera yang sangat hebat, beliau tidak memusnahkan kristian katolik mahupun rakyat Bosnia malah memberi mereka keamanan.
  • Seorang Imam Tarekat ditemuramah berkata Islam sudah tiba 200 tahun sebelum Sultan Al Fateh tiba lagi menunjukkan yang gerakan dakwah sudah mula sampai di Balkan dan masyarakat amat menyenangi Islam.
  • Bosnia mempunyai bekalan air bersih dari mata air yang deras dan melimpah ruah dari gunung.
  • Ia juga mempunyai satu sumber air mineral bergas seperti air berkabonat di kawasan Kesejlak. Wow! Yang ini memang ajaib subhanallah. Ini semua ada kami rakamkan.

Tim Ayat Riwayat interview naib mufti Bosnia.
Tim Ayat Riwayat bergambar bersama imam dan muazzin Masjid Sultan Muhammad Fateh di Sarajevo. Dua2 kool and awesome.
Kambing golek
Hidangan ikan Trout
Pencuci mulut.

  • Bosnia tak ada masalah tentang makanan halal. Semuanya halal dan harga amat berpatutan.
  • Kualiti makanan termasuk ‘desserts’ baklava, tufhiya dan sebagainya yang menakjubkan. Jauh lagi sedap dari tempat ia berasal yakni Turki termasuklah ‘Bosnian Coffee’ yang wajib dicuba.
  • Pada 28 May 1463 sebuah perintah keamanan yang dipanggil Ahdnama dikeluarkan oleh sultan Muhammd Al Fateh dan kami sempat ikuti perayaan itu beberapa hari lepas.

Terserempak Edin Dzeko (pemain Manchester City) di bandar Sarajevo.
Pimpinan Islam dan Katolik bersama menanti event bermula.
Bersama anak comel yang turut menari bila menyaksikan tarian folklore oleh para pelajar.
Sambutan ulangtahun perintah (ahdname) Sultan Muhammad Alfateh di Milodraj, Bosnia pada 28 Mei 2014.

  • Pasukan bola Bosnia layak ke piala dunia Brazil tahun ini dan menggelar diri mereka ‘the dragons’
  • Budaya di Bosnia adalah kebersihan dan ‘dress up’. Anda jarang dapat lihat orang berpakaian ‘selamba’ dan orang gemuk ‘obese’. Lelaki dan perempuannya sangat segak. Perempuan bertudung juga bergaya walaupun jumlah bertudung memang minoriti.
  • Yang paling best untuk kali ni, kesemua 7 orang Imam masjid yang saya temui, saya dapati mereka kesemuanya sangat down to earth…approachable, amat ‘cool’ dan ramah. Memang elemen yang amat penting bagi sebuah negara eropah yang banyak cabaran dakwahnya.

Phew rasanya memang 200 atau 2000 pun masih boleh cerita tentang Bosnia. Itulah, bila sampai di sini baru terungkap segala kisah dan pemandangan. Bosnia Herzegovina, kita doakan mereka sejahtera dan kawasan yang digelar ‘the little Istanbul’ atau ‘the little Jerusalem’ ini terus damai. Moga kita semua dapat bermusafir melihat tempat orang untuk kita jadi lebih hampir kepada Allah. Allah menyebut “Qul siiru fil ardi fanzuru..” (berjalanlah di bumi Allah dan lihatlah).

Saya rasa sekian dulu catatan. Harap minda kita boleh exercise lebih dengan membaca kisah orang Islam di sana. Kita sambung lagi nanti ya. Kami ada destinasi terakhir, Rom dan Vatican City. Doakan semuanya lancar. Ohya bolehlah komen catatan saya ni sebab baru menulis semula. Apapun, jangan lupa ya kewajipan harian kita kepada Allah dan kesihatan diri. Minum air 3-4 liter sehari dan jangan makan nasi untuk malam. Try that and you will see the difference. Ok chiao. Signing off for now.

Peace & Youniversalove,
Muadz Al Faqeer ilallah

29 May 2014
Sarajevo

Mu'adz Dzulkefly

Merupakan seorang artis rakaman yang terkenal dengan lagu hadis dan perjuangan. Pendekatan yang digunakan dalam menyampaikan karya beliau selalunya bersifat unconventional. Terkini beliau menceburi bidang pengacaraan di TV Al-Hijrah selepas tampil dengan album spiritual berjudul Rindukan Cahaya hasil kolaborasi bersama Noe Letto.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago