Categories: BeritaTempatanTerkini

Rabbani Terbit Album Zikir Ramadhan Ini

azadanDiam-diam ubi berisi. Begitulah peribahasa Melayu yang dapat kami ungkapkan kepada kumpulan nasyid popular, Rabbani yang kini sedang dalam pembikinan album zikir mereka.

Setelah lama menyepi tanpa album baru, Rabbani bakal muncul dengan sebuah album zikir yang bakal diterbitkan pada Ramadhan ini.

Ustaz Mohd Asri Ubaidullah

Menurut Mohd Asri Ubaidullah atau lebih mesra disapa Ustaz Asri Ubai, album zikir ini sudah hampir siap dan bakal menemui para peminat tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, production sudah siap. Cuma tinggal mixing dan mastering sahaja lagi. Kami amanahkan kepada Amin Nordin untuk melakukannya. Rakaman pun banyak dia yang bantu.” kata Ustaz Asri Ubai.

“Sepatutnya kami target terbit masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari tetapi ada masalah teknikal. Jadi kami tangguhkan dahulu. Lagipun, tidak perlu tergesa-gesa dalam menerbitkan album.”

Album Pertama Yang Dihasilkan Sepenuhnya Oleh Rabbani Production

“Lama juga nak siap sebab kami tidak pernah buat full. Ini yang pertama. Sebelum ini kami ada rakam sendiri album zikir, Zikir Penambat Rindu. Tetapi kami hanya rakam back-up vokal sahaja. Almarhum Ustaz Asri Ibrahim sudah rakam lama. Kami simpan, kami rakam back-up dan mixing kemudian baru terbit.”

“Kali ini kami buat semua. Rakam di Rabbani Studio dengan bantuan rakan-rakan. Dari mula sampai habis. Jadi, kami agak berhati-hati supaya kami dapat berikan yang terbaik.” Jelas beliau lagi.

“Ini album zikir pertama Rabbani tanpa Almarhum Ustaz Asri. Sebelum ini almarhum ustaz yang rakam album zikir dan kami buat back-up vokal. Kali ini semuanya kami.”

Rabbani

 

Ini Versi Kami, Versi Rabbani

Bercerita mengenai album zikir ini, Ustaz Asri Ubai memberitahu yang 10 track zikir akan dimuatkan dalam album baru Rabbani nanti.

“10 zikir yang biasa kita tahu. Kebanyakannya artis-artis dan ustaz-ustaz sudah rakam. Cuma ini versi kami, versi Rabbani.” Ujar beliau.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai bagaimana versi Rabbani yang Ustaz Asri Ubai maksudkan, beliau berkata album zikir ini dihasilkan tanpa iringan muzik dan alunannya lebih easy listening.

“Hanya suara. Tiada muzik. Kami ambil pendekatan tradisional. Kita tengok macam mana. Jika ada keperluan, permintaan (untuk muzik). Kita tidak tolak (zikir yang ada muzik).”

“Kami pilih zikir yang sudah biasa didengar seperti zikir La ilaha Illallah, Ya Latif. Sebab tujuan kami adalah supaya orang senang ikut. Mudah-mudahan ia diterima.” Jelas Ustaz Asri Ubai.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago