Categories: BeritaTempatan

Cinta Kami Berputik Di Muka Buku – Fahmi Varianz

Mendengar cerita perkenalan antara salah seorang ahli kumpulan Varianz, Fahmi dan isterinya, membuatkan kami teringat bait-bait lirik lagu Cinta Muka Buku nyanyian penyanyi berbakat besar, Najwa Latif.

Cinta diantara pasangan romantis ini mula berputik melalui perkenalan di laman sosial Facebook. Jodoh dan takdir telah ditentutan oleh Allah SWT. Akhirnya, mereka disatukan dalam sebuah majlis akad nikah di negeri yang mendapat jolokan Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.

Mohd Fahmi Bin Ahmad Khairi dan pasangan, Rosmalizawati Bt Safin telah diijabkabulkan pada 15 September 2013 di rumah pengantin perempuan di Melur, Kota Bharu, Kelantan.

Mengimbas kembali detik pertemuan mereka hingga ke jinjang pelamin, Fahmi berkata segala-galanya berjalan dengan pantas dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Kami berkenalan melalui laman Facebook. Dengan perkenalan selama setahun, akhirnya, saya nekad menghantar rombongan merisik dan mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati saya.” ujar Fahmi.

Masuk bulan ke-5 pertunangan mereka, akhirnya Fahmi dan isteri memilih untuk dinikahkan.

Takdir Allah memang luarbiasa. Menurut Fahmi, tanpa dirancang, majlis resepsi mereka telah berlangsung sehari sebelum hari graduasi beliau dan isterinya.

Fahmi dan isteri dinikahkan pada 15 September 2013 di Melur, Kota Bharu, Kelantan. Majlis resepsi telah diadakan di Bangi, Selangor pada 16 November 2013. Keesokkan harinya, pada 17 November 2013, Fahmi menghadiri Majlis Konvokesyennya di UIAM Gombak. Sehari selepas itu, giliran isternya pula bergraduasi di IPGM pada 18 November 2013.

“Kami menjalani 3 hari yang begitu memenatkan tetapi ianya cukup mengujakan. Menjalani hari-hari yang istimewa dan indah bersama isteri saya disisi.” jelas Fahmi lagi.

Fahmi merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang ijazah sarjana muda perniagaan. Manakala isterinya, Rosmawati merupakan graduan IPBA dan University of Franche Comte dalam jurusan Bahasa Perancis.

Dibawah ini, Fahmi kongsikan kepada kami gambar-gambar yang mengabadikan peristiwa-peristiwa penting dalm sejarah hidupnya untuk tatapan para pembaca sekalian.

Gambar pernikahan Fahmi dan isteri di Melur, Kelantan.

Segak dan anggun pasangan mempelai di Majlis Resepsi mereka di Bangi, Selangor.

Walaupun keletihan, dua graduan muda ini masih manis menguntumkan senyuman di hari graduasi masing-masing.

Sesi photoshoot outdoor Fahmi dan isteri. Gambar ini disiarkan dengan izin Fahmi dan isteri.

Kepada Fahmi dan isteri, tahniah diatas perkahwinan kalian berdua dan juga majlis konvokesyen yang berlangsung. Selamat menempuh kehidupan berumahtangga. Semoga kekal hingga ke syurga.

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago