Baru-baru ini kami sempat bertemu Saujana di Restoran Haslam, Kuala Lumpur. Banyak perkara yang kami sembangkan. Antara topik perbualan utama kami adalah mengenai Wan Najran yang baru menimang cahaya mata pertama awal November lalu.
[carousel arrows=”display” buttons=”display” caption=”display”]
[panel description=”Comelnya Wan Ahmad Nu’man, putera sulung Najran Saujana”]
[/panel]
[panel description=”Wan Ahmad Nu’man yang baru dilahirkan awal November lalu.”]
[/panel]
[/carousel]
Sejuk hati memandang wajah putih bersih bayi comel ini. Putera sulung Wan Najran ini diberi nama Wan Ahmad Nu’man.
Menurut Najran, Nu’man telah selamat dilahirkan pada 18 November 2012, kira-kira jam 5.45 pagi. Bayi seberat 3.25kg ini dilahirkan di Pusat Rawatan Keluarga MUIP, Pahang.
“Saya berada di Johor untuk urusan kerja. Sebaik sahaja saya menerima berita yang isteri saya sudah dimasukkan ke Pusat Rawatan Keluarga MUIP, saya terus bergegas dari Johor menuju ke pusat rawatan tersebut di Pahang. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi kami dan kedua-dua bayi dan ibu sihat.” jelas Najran dengan wajah yang ceria.
Jom tengok 2 lagi gambar Wan Ahmad Nu’man yang telah dikirim oleh Najran Saujana untuk tatapan pembaca Munsyeed{Dot}Com.
Gambar terbaru Wan Ahmad Nu’man
Kelahiran Nu’man telah menambahkan lagi seri dan mahabbah antara Wan Najran dan isteri tercinta, Adlina Aini Afifi yang telah melangsungkan perkahwinan awal Januari tahun ini. Tahniah diucapkan kepada Najran dan isteri.
Munsyeed{Dot}Com mendoakan Wan Ahmad Nu’man menjadi anak yang soleh, bertaqwa dan penyejuk mata penawar hati buat ayah dan bonda.
– Munsyeed{Dot}Com