Categories: BeritaTempatan

IM Naufal Bakal Jadi Penyanyi?

[carousel arrows=”display”]
[panel description=”Imam Muda Naufal”]

[/panel]
[panel description=”Jelingan manis IM Naufal yang menjadi ‘carian tertinggi’ di enjin carian Munsyeed{Dot}Com.”]

[/panel]
[/carousel]

Bidang nyanyian mungkin dilihat tidak secocok dengan personaliti seorang pendakwah atau Imam Muda khususnya. Namun, finalis Imam Muda musim ke – 3, Abdul Rahman Naufal Bin Mohd Hatta, 21, atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Naufal baru – baru ini telah membuktikan bahawa nyanyian juga boleh menjadi salah satu medan dalam berdakwah ke jalan yang lebih diredhai Allah.

Imam Muda Naufal merupakan peserta termuda dalam rancangan Imam Muda musim ke-3. Pemilik wajah kacak yang pernah menduduki kedudukan teratas carian di web Munsyeed{Dot}Com ini difahamkan bakal tampil menyanyikan beberapa buah lagu karya seorang komposer, pendakwah serta pemuzik muda terkenal tanahair.

Selain itu, lagu – lagu yang kini masih dalam proses rakaman ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada perjuangan dakwah serta seni suara Imam Muda Naufal dalam menyampaikan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat agar tidak hanya terhad kepada berceramah mahupun penganjuran kuliah agama sahaja.

Tambahan lagi, melihat kepada situasi hari ini yang mana orang ramai lebih mudah menerima dakwah melalui medium yang mereka gemari, seperti laman sosial, nyanyian serta santai bersama ilmuan, maka, ini merupakan peluang baik buat Imam Muda Naufal berkomunikasi secara berkesan melalui lagu – lagu yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Di samping itu juga, sebagai ikon masyarakat yang disegani, Imam Muda Naufal telah mengambil langkah proaktif dengan menghadiri kelas personaliti bersama pengacara dan artis terkenal tanahair, Aznil Hj. Nawawi bagi meningkatkan lagi pesona dan karismanya sebagai seorang ikon.

Nantikan kemunculan vokal solo Imam Muda Naufal dalam lagu ciptaan komposer, pendakwah dan pemuzikmuda handalan tanahair ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai rakaman audio atau aktiviti finalis Imam Muda musim ke-3 seperti Imam Muda Naufal, Imam Muda Jabar, dan juga Imam Muda Hafiz, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di talian +603-6186 4300 / +603-6177 4225 atau emailkan kepada info@unic.my.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago