[carousel arrows=”display” buttons=”display” caption=”display”]
[panel description=”Album Qudus KasihMu & Album Zikir Senandung Qalbu Vol II”]
[/panel]
[panel description=”Firast dan Ustaz Manis”]
[/panel]
[panel description=”Firast bergambar bersama Munif Hijjaz, Ito Lara dan Razin Mestica”]
[/panel]
[panel description=”Album Zikir Senandung Qalbu Vol II”]
[/panel]
[panel description=”Qudus KasihMu – Firast”]
[/panel]
[panel description=”Setiausaha Agung MUNSYID MALAYSIA, Muhammad Razin merasmikan majlis pelancaran album Firast dan Ust Manis”]
[/panel]
[/carousel]
Kumpulan nasyid Firast muncul dengan album nasyid pertama berjudul Qudus KasihMu. Album yang mengandungi 5 lagu baru ini menampilkan Bazli UNIC selaku penerbit album dan diterbitkan secara bersama oleh UNIC Records dan Manis Edutainment.
Majlis pelancaran album ini telah berlangsung dengan penuh meriah di Restoran Aroma Hijrah, Shah Alam. Mjalis ini telah dihadiri oleh ramai artis dan penggiat seni tersohor seperti Farihin Abd Fatah, Munif Hijjaz, Razin Mestica, Ito Lara, Ust Dini Juri, Dak Mie, Along Exist dan ramai lagi.
Album Firast Qudus KasihMu telah dilancarkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung Majlis Usahawan Penasyid Malaysia (MUNSYID MALAYSIA), Muhammad Razin bin Che Mud. Selepas dirasmikan, kumpulan Firast turut mengadakan sesi pradengar album tersebut kepada para hadirin termasuk wakil media.
Disamping album Qudus KasihMu, album Zikir Senandung Qalbu Vol 2 turut dilancarkan secara serentak di majlis tersebut. Album zikir ini merupakan alunan merdu dari salah seorang ahli kumpulan Firast, Ustaz Manis.
Untuk makluman semua, Firast merupakan kumpulan nasyid baru yang sangat aktif membuat persembahan di serata Malaysia. Dianggotai 4 orang pemuda yang berbakat besar, Firast menterjemahkan hasil cintanya pada nasyid dengan menghasilkan album Qudus KasihMu untuk mewarnai industri muzik tanahair.
Jom kita tengok gambar-gambar sekitar majlis pelancaran album Qudus KasihMu baru-baru ini.
– Munsyeed{Dot}Com