Hafiz Hamidun. ihsan: Rafidah Ahmad.
Konsert bermula sedikit lewat daripada yang dijadualkan disebabkan faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pun begitu, ia membuatkan segelintir hadirin yang tiba lewat (hari bekerja, jalan jammed) menarik nafas lega kerana mereka tidak terlepas persembahan pembukaan di konsert tersebut.
Persembahan pembukaan oleh Imam Muda Najdy, Fitri Haris dan Izzat Mahadi sangat baik. Masing-asing mengalunkan zikir dan menyampaikan lagu dengan baik. Cuma ada dikalangan artis yang sekadar menyanyi dan kurang penghayatan. Mungkin nervous kot.
Izzat Mahadi menerima tepukan gemuruh sebaik sahaja muncul menyanyikan lagu pertama, Aku Tanpa CintaMu versi Izzat Mahadi. Vokal beliau layak menerima pujian. Yang best, beliau dan peminat menyanyi bersama-sama menerusi lagu GarisanMu. (Ya Rabbi ya… hehe)
Pemuzik mengambil tempat dan the show begins! Hafiz Hamidun memulakan konsert solo beliau dengan mengalunkan zikir Ya Latif dari belakang pentas. Hampir 15 saat pertama, peminat tercari-cari susuk tubuh pengalun zikir yang akhirnya membuat kemunculan segak di atas pentas sambil menerima tepukan gemuruh dari para penonton. Hafiz bijak mengatur kejutan buat hadirin!
Persembahan Hafiz Hamidun pada malam tersebut diiringi pemuzik yang terdiri daripada pemain muzik string. Gesekan viola pada malam itu sungguh mengasyikkan! Kalau ditambah dengan piano yang dimain live, saya boleh beri standing ovation untuk konsert ini!
Gaya persembahan Hafiz mirip Sami Yusuf. Perkara ini disebut secara spontan oleh saya dan rakan-rakan. Menurut seorang rakan saya, no wonder sebab Sami Yusuf merupakan idola Hafiz Hamidun. Malah, Hafiz sendiri pernah diberi jolokan Sami Yusuf Malaysia. 🙂
Jubah yang dipakai oleh Hafiz Hamidun sewaktu konsert ditaja oleh Imam Muda Hassan Adli menerusi syarikatnya, Oasis Kreatif. Ramai yang puji jubah tersebut. Kalau ada yang berminat untuk beli, boleh klik disini: Koleksi Jubah IM Hassan Adli.
Hafiz turut umumkan, hampir 80,000 unit CD Zikir Terapi Diri telah terjual setakat ini.
KFC menaja makanan untuk Hafiz Hamidun dan krew-krew konsert pada kali ini. Sedapnya…
Selepas mengalunkan beberapa zikir, Hafiz berehat untuk menukar pakaian. Kumpulan Burn & Soul mengambil tempat.
Kumpulan Burn & Soul yang terdiri daripada Syamsul Dato’ Yusuf dan sepupu beliau, Dr Anwar Fazal membuat penampilan khas dalam konsert. Kemunculan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin. Mereka menyampaikan sebuah lagu berjudul Ya Robbi. Dr Anwar menyanyi, Syamsul pula rapping. Tetapi Syamsul keras sangat rapping. Kasi seni sedikit bro!
Di akhir persembahan Burn& Soul, Syamsul kelihatan begitu sebak dan tidak dapat mengawal air matanya dari gugur. Such a great performance from both of them! Nak tonton? Klik disini: Persembahan Burn & Soul.
Hafiz kembali ke pentas dengan mengalunkan beberapa zikir dengan mood yang sedikit ceria berbanding sebelum ini. Persembahan Hafiz diselang-selikan dengan beberapa nasihat dan perkongsian. Ada masa-masanya hadirin ketawa dengan sedikit lawak bersahaja yang disampaikan oleh Hafiz.
Ketiadaan Ustaz Mohd Noor Sulaiman agak mengecewakan saya dan rakan-rakan. Disamping persembahan Hafiz, kami datang ke konsert ini kerana nak lihat performance Ustaz Mohd Noor. Sayangnya, beliau tidak dapat hadir kerana menurut Hafiz, isteri ustaz sedang sakit. Semoga cepat sembuh. Amin.
The best song? Law Kana Bainana! Hafiz cemerlang dalam lagu ini.
Konsert melabuhkan tirai dengan selawat beramai-ramai. Sewaktu Hafiz umumkan konsert tamat, hadirin seperti terpinga-pinga sambil memberikan reaksi, “Sudah habis?”. Mungkin terlalu asyik dibuai zikir.
Dekorasi pentas simple tetapi elegan. Sesuai dengan penganjuran konsert. Lampu-lampu di Dewan Perdana Felda melimpahkan aura mewah keatas konsert Zikir Terapi Diri ini.
Cuma ada beberapa lampu yang asyik memancar ke arah penonton membuatkan ada yang kurang selesa.
Showmanshop Hafiz sangat amazing! Tahniah Hafiz dan semua yang terlibat.
Antara VVIP yang dilihat hadir ke konsert ialah Prof Dr Muhaya, Pengasas Sendayu Tinggi, beberapa orang Dato’ dan Datin serta En Hasbullah Taib selaku share partner Hafiz Hamidun dalam Arteffects International.
Ramai rakan artis yang hadir ke konsert ini antaranya Isman Hijjaz, Suffian Saujana, Mu’adz Dzulkefly, Iqram Dinzly, Ashraff Muslim, Yatt Hamzah dan ramai lagi.
Ada peminat yang tidak berpuas hati kerana konsep free seating untuk sistem tempat duduk. Mungkin isu ini boleh difikirkan bersama oleh Arteffects International untuk konsert akan datang.
Secara keseluruhan, Hafiz berjaya meletakkan konsert zikir dan nasyid ke satu tahap yang cukup membanggakan. Konsert ini juga berjaya menyerlahkan Hafiz Hamidun sebagai penyanyi dan penghibur yang berbakat. Tahniah!
Komen Penonton di Twitter hashtag #KonsertZikirTerapiDiri :
[blockquote cite=”IAmAnisRaihana”]After all #KonsertZikirTerapiDiri is not like those typical concert.[/blockquote]
Komen penonton seusai konsert:
[blockquote cite=”Fairus Zainal”]”Konsert Hafiz berjaya. Beliau memang berbakat. Sayangnya Ustaz Mohd Noor tidak dapat bersama. Kalau Ustaz Mohd Noor ada, mungkin 1 gandingan yang mantap.”[/blockquote] [blockquote cite=”Abdullah Mujahid”]”Target dakwah Hafiz berbeza dengan target dakwah artis lain. Persembahan Hafiz bagus. Penghayatan cemerlang. Ia memberi dimensi baru dalam ruang dakwah.” [/blockquote]
[blockquote cite=”Khairil Azam”]”Kedudukan kerusi terlalu rapat dan tiada perbezaan ketara bagi yang beli tiket berbeza harga. Persembahan Hafiz sangat bagus. Cuma terlalu singkat. Kalau ada narration dari somebody seperti Pak Dini pun ok sebagai ganti Haji Mohd Noor.”[/blockquote]
Beberapa gambar untuk tatapan pembaca:
Prof Dr Muhaya, Iqram Dinzly, Ashraff Muslim dan Mu’adz Dzulkefly.
Iqram Dinzly, Yatt Hamzah dan Ashraff Muslim. Ihsan: Farahrizan