Categories: BeritaTempatan

“I should thank Maher Zain” – Hafiz

Hafiz Hamidun mengalunkan zikir dengan penuh penghayatan di Konsert Zikir Terapi Diri. Gambar ihsan: Rafidah Ahmad & Hafiz Hamidun.

Amazing! – Satu perkataan yang layak untuk menggambarkan pengalaman menghadiri Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Dengan jualan album yang mencecah 80,000 unit*, Hafiz Hamidun kini mampu tersenyum dengan kejayaan yang mewarnai karier seni beliau sejak kemunculan album Zikir Terapi Diri ini.

Mengulas mengenai kejayaan album Zikir Terapi Diri yang kini menduduki tempat diatas di iTunes dan pasaran muzik Malaysia, Hafiz Hamidun menjelaskan dia tidak pernah bermimpi untuk mengangkat album ini hingga menjadi sebuah konsert. Menurut Hafiz, idea untuk mengadakan konsert ini muncul 3 bulan yang lepas dan sejak dari itu, segala idea dan gerak kerja ditumpukan untuk perjalanan konsert tersebut.

“Saya buat semua benda dengan dibantu oleh staff saya di Arteffects International. Saya pergi jumpa orang sana sini, saya sendiri turun jual tiket konsert dan saya juga yang menjawab panggilan telefon berkenaan konsert. Staff Arteffects International tidak ramai tetapi dengan tenaga yang ada ini, kami kerja keras untuk menjayakan konsert ini khas untuk anda semua.” jelas Hafiz.

Hafiz Hamidun & Syamsul Dato’ Yusuf sewaktu majlis sidang media tamat konsert.

Ketika ditemui di majlis sidang media sejurus tamat Konsert Zikir Terapi Diri, Hafiz Hamidun turut berkongsi cerita bersama para pengamal media mengenai sejarah kemunculan album Zikir Terapi Diri.

“Saya buat kajian mengenai trend muzik semasa. Saya lihat fenomena Maher Zain dan saya kaji lagu-lagu dia. Saya dapati, Maher Zain menggunakan zikir InshaALLAH yang disebut berulang-ulang kali dalam lagu hits beliau dan ia memberi ilham kepada saya untuk menerbitkan sebuah album zikir dengan muzik latar yang cukup ringan dan familiar dengan halwa telinga. For that, I should thank Maher Zain!” ulas Hafiz.

Beliau turut menambah,

“Sewaktu album ini siap sepenuhnya, saya tidak terus ‘release’ di pasaran. Sebaliknya, saya jemput rakan-rakan dan saya perdengarkan kepada mereka. Saya jemput Ustaz Amal selaku penasihat album ini untuk dengar dan alhamdulillah respon Ustaz Amal dan rakan-rakan sangat positif.”

Hafiz Hamidun turut menyeru agar para media dan peminat menyokong album-album zikir artis lain sama ada dari Arteffects International mahupun syarikat lain.

Disamping itu, Hafiz Hamidun tidak menolak kemungkinan Konsert Zikir Terapi Diri ini akan diadakan di beberapa tempat selain Kuala Lumpur.

“Saya sedang mengintai peluang untuk mengadakan Konsert Zikir Terapi Diri di Johor atau di Singapura. InshaALLAH, jika ada peluang, kita akan adakan konsert ini di sana pula.” kata Hafiz.

Dalam perkembangan lain, Hafiz memaklumkan kemunculan album Zikir Terapi Diri versi VCD yang mula dijual semalam. Menurut Hafiz, ia satu lagi produk khas daripada beliau untuk para peminat yang menggemari album Zikir Terapi Diri.

Hafiz juga turut memberi ‘hint’ yang beliau dalam proses pembikinan album Zikir Terapi Diri Vol 2. Pihak Munsyeed{Dot}Com mendoakan semoga segala urusan Hafiz Hamidun dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago